Permohonan pelbagai jawatan dibuka di PTPK ~ Tawaran gaji dari RM1,800 sehingga RM2,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Penempatan: Caw. Pengurusan Maklumat Ibu Pejabat PTPK, WTCKL
    • Kadar Upah: RM2,000
    • Kekosongan: 4
  2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Penempatan: Caw. Pengurusan Maklumat Ibu Pejabat PTPK, WTCKL
    • Kadar Upah: RM1,800
    • Kekosongan: 2

 

Syarat-syarat Kelayakan

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan (perisian dan pengaturcaraan sistem) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurang dua (2) tahun sebagai Full Stack Developer dalam mengendalikan bahasa pengaturcaraan komputer dan keutamaan diberikan kepada Bootstrap (HTML, CSS, JS), Oracle Application Express (20.1) atau mana-mana yang berkaitan; atau
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurang dua (2) tahun dalam mengendalikan perisian untuk melakukan prototyping seperti Figma/InVision/XD atau mana-mana perisian yang berkaitan; atau
  • Mempunyai kemahiran sekurang-kurang dua (2) tahun di dalam mengendalikan rekabentuk maklumat secara interaktif berdasarkan kepada rekabentuk proses sistem sedia ada dan mempunyai pengetahuan mengenai pengalaman penggunaan sistem oleh penguna (user experience) daripada segi corak, prinsip dan teknik; dan
  • Mempunyai kemahiran sekurang-kurang dua (2) tahun di dalam mengendalikan pembangunan mobile application samada Android/iOS Developer melalui penggunaan perisian Android Studio, Ionic; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Melayu.

 

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat atau bidang berkaitan (perisian dan pengaturcaraan sistem) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Mempunyai asas pengetahuan dalam bahasa pengaturcaraan komputer dan keutamaan diberikan kepada Bootstrap (HTML, CSS, JS), Oracle Application Express (20.1) atau mana-mana yang berkaitan;
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurang satu (1) tahun dalam mengendalikan perisian untuk melakukan prototyping seperti Figma/InVision/XD atau mana-mana perisian yang berkaitan;
  • Mempunyai kemahiran sekurang-kurang satu (1) tahun di dalam mengendalikan rekabentuk maklumat secara interaktif berdasarkan kepada rekabentuk proses sistem sedia ada dan mempunyai pengetahuan mengenai pengalaman penggunaan sistem oleh penguna (user experience) daripada segi corak, prinsip dan teknik; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Melayu.

 

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Manakala pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan jawatan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 31 DISEMBER 2021, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…