pengeluaran

Permohonan Pengeluaran KWSP RM3,000 – RM50,000 untuk rakyat Malaysia: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah inisiatif yang diperkenalkan adalah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Berikut maklumat lanjut berkenaan inisiatif berkenaan: –

Pengeluaran KWSP melalui FSA2

Untuk pengetahuan semua, Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) pada asasnya bertujuan untuk membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Melaluinya, permohonan awal ini membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan. Jumlah yang boleh dikeluarkan adalah sehingga RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan);
  • Warganegara Malaysia;
  • Permohonan adalah sekali sahaja;
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP;
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).

 

Dimaklumkan bahawa ahli perlu membuat penilaian kesedaran dan kefahaman mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 dengan institusi perbankan sebelum ahli membuat keputusan sama ada hendak meneruskan permohonan pembiayaan peribadi atau sebaliknya. Di samping itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan nasihat kewangan secara terus daripada Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan FSA2 KWSP boleh dibuat secara atas talian (online) melalui institusi perbankan yang terlibat. Berikut adalah langkah-langkah memohon:

  • Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

 

Pada ketika ini, terdapat lima bank yang terlibat untuk program ini iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), MBSB Bank Berhad, CIMB Bank Maybank dan Bank Muamalat.

Bagi mereka yang menbuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dan diluluskan oleh KWSP, antara kesan kepada ahli adalah:

  • Amaun pengeluaran tersebut berserta dividen terkumpul akan dibayar ke akaun ahli di institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran di antara umur 50 tahun hingga umur 55 tahun; dan
  • Ahli boleh membuat pengeluaran pra-persaraan lain tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak amaun Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

 

Akan tetapi, dimaklumkan bahawa ahli tidak boleh membatalkan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun setelah diluluskan oleh KWSP. Permohonan yang telah diluluskan oleh KWSP hanya terbatal dalam keadaan seperti berikut:

  • Ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur pilihan pengeluaran yang dinyatakan dalam permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun; atau
  • Ahli telah menyelesaikan sepenuhnya amaun pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan. Ahli bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada KWSP mengenai penyelesaian pembiayaan peribadi tersebut.

 

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan fasiliti ini, ia boleh dirujuk secara lengkap di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh rasmi kebenaran pengeluaran Akaun 3 telah diumumkan: Berikut cara buat permohonan

Tarikh rasmi kebenaran pengeluaran Akaun 3 telah diumumkan: Berikut cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai insiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Antaranya adalah melalui Kumpulan Wang…
UPM buka lebih 20 jawatan kosong untuk lepasan SPM hingga Ijazah: Mohon sekarang

UPM buka lebih 20 jawatan kosong untuk lepasan SPM hingga Ijazah: Mohon sekarang

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Putra Malaysia (UPM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…
Sewa Rumah PPR RM280/sebulan: Syarat-syarat & cara memohon untuk tahun 2024

Sewa Rumah PPR RM280/sebulan: Syarat-syarat & cara memohon untuk tahun 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…