Permohonan pengeluaran RM10K KWSP dibuka hari ini: Ini cara memohon & kaedah pembayarannya

Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebelum ini – pihak kerajaan telah pun membuat keputusan untuk membenarkan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Keputusan itu dibuat selepas pihak kerajaan melakukan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun;
  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara termasuk pemastauti tetap;
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150.

 

Untuk makluman amaun pengeluaran minimum adalah RM50 dan maksimum sebanyak RM10,000 mengikut jumlah simpanan ahli. Namin begitu, setiap ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Berdasarkan kenyataan rasmi KWSP, permohonan pengeluaran khas ini akan dibuka bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022 melalui permohonan secara atas talian (online) di portal: pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau DI SINI.

Tatacara membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Layari portal: pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON SEKARANG;
  • Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit;
  • Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan;
  • Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN dan tekan TERUSKAN;
  • Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
  • Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan dan tandakan tick sebelum tekan HANTAR. Selesai.

 

Pengeluaran khas ini juga akan dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) melalui pengkreditan terus ke akaun bank ahli. Oleh itu, ahli sangat disarankan untuk memastikan akaun bank masing-masing sebagai:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa);
  • Akaun bank masih aktif;
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama / syarikat).

 

Bagi ahli yang tidak mempunyai akaun bank, ahli dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula. Manakala, Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan inisiatif ini, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…