Permohonan pengeluaran RM10K KWSP dibuka hari ini: Ini cara memohon & kaedah pembayarannya

Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebelum ini – pihak kerajaan telah pun membuat keputusan untuk membenarkan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Keputusan itu dibuat selepas pihak kerajaan melakukan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun;
  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara termasuk pemastauti tetap;
  • Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150.

 

Untuk makluman amaun pengeluaran minimum adalah RM50 dan maksimum sebanyak RM10,000 mengikut jumlah simpanan ahli. Namin begitu, setiap ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Berdasarkan kenyataan rasmi KWSP, permohonan pengeluaran khas ini akan dibuka bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022 melalui permohonan secara atas talian (online) di portal: pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau DI SINI.

Tatacara membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Layari portal: pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON SEKARANG;
  • Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit;
  • Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan;
  • Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN dan tekan TERUSKAN;
  • Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
  • Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan dan tandakan tick sebelum tekan HANTAR. Selesai.

 

Pengeluaran khas ini juga akan dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) melalui pengkreditan terus ke akaun bank ahli. Oleh itu, ahli sangat disarankan untuk memastikan akaun bank masing-masing sebagai:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa);
  • Akaun bank masih aktif;
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama / syarikat).

 

Bagi ahli yang tidak mempunyai akaun bank, ahli dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula. Manakala, Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan inisiatif ini, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…
Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
RM600 - RM2,500 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Permohonan Masih Dibuka

RM600 - RM2,500 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Permohonan Masih Dibuka

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan ekonomi, dengan golongan B40 (40% terbawah) dan M40 (40% pertengahan) sering menjadi fokus dalam…