ppbu

Permohonan PPBU RM12,000/setahun telah dibuka: Mereka dari keluarga B40 boleh memohon

Yayasan Bank Rakyat (YBR) adalah yayasan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dalam bidang pendidikan serta pembangunan modal insan.

Dengan tujuan itu, YBR telah menyedia dan menguruskan bantuan pendidikan berbentuk biasiswa atau pembiayaan / pinjaman (termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup) kepada rakyat warganegara Malaysia yang memerlukan tanpa mengira agama, keturunan dan yang berkelayakan serta sedang menuntut di IPTA / IPTS atau mana-mana institusi pendidikan di dalam negeri yang akan diputuskan dari masa ke semasa.

Salah satu program yang diperkenalkan adalah Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) dan berikut adalah penjelasannya:

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU)

Untuk makluman, PPBU ditawarkan kepada mereka yang hendak melanjut pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut: Perakaunan; Perbankan; Pengurusan Perniagaan; Sumber Manusia;Ekonomi;; Komunikasi Media; Undang-Undang dan Sains Aktuari.

Berkenaan dengan jumlah tajaan bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU), ia adalah maksimum RM12,000/ 1 tahun.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  • TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  • Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
  • Pemohon mesti memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil
  • Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM.
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar keluarga B40.

Cara Memohon

Bagi yang ingin membuat permohonan, ia boleh dilaksanakan secara atas talian di Portal Yayasan Bank Rakyat. Permohonan PPBU bagi tahun ini dibuka dari 18 September 2023 sehingga 17 Oktober 2023.

Pengumuman keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh satu ke dua bulan selepas tarikh tutup permohonan.

Untuk maklumat lengkap berkenaan skim ini sila rujuk DI SINI atau terus ke Portal Rasmi YBR.

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…