Yayasan Bank Rakyat (YBR) adalah yayasan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dalam bidang pendidikan serta pembangunan modal insan.
Dengan tujuan itu, YBR telah menyedia dan menguruskan bantuan pendidikan berbentuk biasiswa atau pembiayaan / pinjaman (termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup) kepada rakyat warganegara Malaysia yang memerlukan tanpa mengira agama, keturunan dan yang berkelayakan serta sedang menuntut di IPTA / IPTS atau mana-mana institusi pendidikan di dalam negeri yang akan diputuskan dari masa ke semasa.
Salah satu program yang diperkenalkan adalah Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) dan berikut adalah penjelasannya:
Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU)
Untuk makluman, PPBU ditawarkan kepada mereka yang hendak melanjut pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.
Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut: Perakaunan; Perbankan; Pengurusan Perniagaan; Sumber Manusia;Ekonomi;; Komunikasi Media; Undang-Undang dan Sains Aktuari.
Berkenaan dengan jumlah tajaan bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU), ia adalah maksimum RM12,000/ 1 tahun.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
- TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
- Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
- Pemohon mesti memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil
- Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM.
- Keutamaan diberikan kepada pelajar keluarga B40.
Cara Memohon
Bagi yang ingin membuat permohonan, ia boleh dilaksanakan secara atas talian di Portal Yayasan Bank Rakyat. Permohonan PPBU bagi tahun ini dibuka dari 18 September 2023 sehingga 17 Oktober 2023.
Pengumuman keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh satu ke dua bulan selepas tarikh tutup permohonan.
Untuk maklumat lengkap berkenaan skim ini sila rujuk DI SINI atau terus ke Portal Rasmi YBR.