motosikal

Permohonan RM1,000 hingga RM10,000 untuk beli motosikal: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis skim dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Di bawah Belanjawan 2024, terdapat insiatif dan program yang diteruskan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antaranya adalah dengan meneruskan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur di bawah Tekun Nasional. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini: –

Permohonan RM1,000 hingga RM10,000 untuk beli motosikal

Di Tekun Nasional, terdapat sebuah skim yang dikenali sebagai Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur. Skim pembiayaan ini berasaskan Tawarruq dan merupakan kesinambungan kepada Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini khusus untuk usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal seperti Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove.

Tujuan utama bagi pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  • Pembelian motosikal;
  • Baik pulih motosikal;
  • Modal pusingan.

 

Kadar pembiayaannya pula adalah sebanyak RM1,000 – RM5,000 bagi baik pulih motosikal dan modal pusingan. Manakala, RM1,000 hingga RM10,000 pula bagi pembelian motosikal.

Tempoh pembayaran balik yang ditetapkan adalah sehingga 36 bulan (3 tahun) dengan kadar keuntungan 4 peratus.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang muflis
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI)
  • Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  • Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
  • Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  • Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
    Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

Syarat-syarat Kelayakan Tambahan

  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai  motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih  motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian  Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti pembelian.
  • Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut: Aplikasi elektronik – Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau Cek tarikh tertunda.

Cara Memohon

Bagi urusan permohonan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur ia boleh dibuat Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan. Bagi mendapatkan penerangan yang lebih jelas berkenaan skim ini, pemohon sangat disarankan untuk merujuk atau hadir ke   Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen asas dan tambahan seperti mana yang diminta oleh Tekun Nasional semasa membuat permohonan.

Penting dimaklumkan di sini bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini dan ia hanya boleh dikemukakan di Pejabat Cawangan TEKUN.

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Belanjawan 2024 – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Keperluan rakyat merupakan elemen asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju. Setiap individu mempunyai keperluan asas…