beli motosikal

Permohonan RM1,000 – RM10,000 untuk beli motosikal masih dibuka: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis skim dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah sebuah skim di bawah TEKUN Nasional yang dikenali sebagai Tekun Mobilepreneur 4.0. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini: –

Permohonan RM1,000 – RM10,000 untuk beli motosikal

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0. Pada asasnya, skim di bawah TEKUN Nasional ini adalah kesinambungan kepada Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini khusus untuk usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal seperti Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove dan lain-lain.

Melaluinya, mereka boleh membuat pembiayaan bagi tujuan seperti membeli motosikal; baik pulih motosikal atau modal pusingan.

Kadar pembiayaan yang diberikan pula adalah seperti berikut:

  • RM1,000 – RM5,000: Bagi baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • RM1,000 – RM10,000: Bagi pembelian motosikal.

Syarat-syarat Kelayakan

Syarat – syarat Kelayakan Asas:

  • Bumiputera dan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Pemohon bukan seorang muflis;
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia;
  • Mempunyai Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu;
  • Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile)/atas talian (online);
  • Terlibat secara langsung/separuh masa dalam perniagaan;
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda);
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000);
  • Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon);
  • Bagi pemilikan Perkongsian, pemohon perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi untuk permohonan pembiayaan;
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan;
  • Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

 

Syarat-syarat Kelayakan Tambahan:

  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah;
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
  • Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti pembelian;
  • Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut: Aplikasi elektronik – Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau Cek tarikh tertunda.

Cara Memohon

Untuk yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonannya boleh dibuat di Pejabat Cawangan TEKUN Nasional terdekat. Tegas dinyatakan di sini bahawa TEKUN Nasional tidak melantik sebarang ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini.

Oleh itu, para pemohon hendaklah mengemukakan permohonan hanya di pejabat cawangan TEKUN Nasional sahaja.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mei 2025: Gaji RM3,320 - RM22,040

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mei 2025: Gaji RM3,320 - RM22,040

Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Golongan B40 merujuk kepada 40% rakyat Malaysia yang berada dalam kumpulan pendapatan terendah. Mereka merupakan sebahagian besar daripada masyarakat yang…
Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang…