rumah mesra

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2024: Cara memohon & syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini khusus diberikan kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Antaranya adalah melalui program bantuan membina rumah untuk rakyat Malaysia yang memerluka melalui Program Rumah Mesra Rakyat (RMR). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program bantuan rumah berkenaan: –

Rumah Mesra Rakyat 2024

Bagi tahun 2024 ini, Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) masih diteruskan dan akan dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan. Pada asasnya, Rumah Mesra Rakyat diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Konsep Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah rumah sesebuah satu tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Keluasan pula sebanyak 750 kps. Harga bagi setiap rumah RMR adalah antara RM75,000 sehingga RM85,000 mengikut tempat sama ada di Semenanjung atau Sabah, Sarawak.

Menariknya, setiap unit RMR akan menerima subsidi pembinaan sebanyak RM20,000. Pembiayaan yang disediakan pula adalah tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada reka bentuk);
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem RMR Online. Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan berikut seperti mana yang ditetapkan oleh pihak SPNB:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan);
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah;
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan);
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru;
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua;
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang;
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah;
  • Salinan sijil nikah pemohon;
  • Borang laporan tapak bergambar.

 

Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A. Dalam masa sama, pihak SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dimaklumkan bahawa format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB. Manakala, keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

Jika permohonan diluluskan, pemohon bertanggungjawab untuk mengisi dan melengkapkan borang permohonan; perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan; perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektri; perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan serta perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.

Setelah rumah siap, pemohon perlu membayar pembiayaan RMR dan ia boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja melalui JOMPAY. Berdasarkan laporan, setakat 31 Januari 2024 – jumlah permohonan RMR telah mencecah 187,248 permohonan. Dari jumlah itu, 104,076 telah diterima dan 65,758 diluluskan.

Maklumat lebih lengkap erkenaan Program Rumah Mesra Rakyat ini, sila rujuk di Portal Rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…