Permohonan sebagai Polis Bantuan di PROLINTAS kini dibuka: Ini syarat-syarat dan cara memohon

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat pengendali lebuh raya kedua terbesar di negara ini dan merupakan milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ditubuhkan pada 19 Januari 1995, PROLINTAS terus berkembang maju sebagai sabuah syarikat unggul di negara ini – dengan tugasnya mengendalikan sekitar 6 buah konsesi lebuh raya.

Selaras dengan tanggungjawabnya itu, kini PROLINTAS telah membuka kekosongan jawatan sebagai POLIS BANTUAN (OPERATOR PUSAT KAWALAN LEBUHRAYA) untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah syarat-syarat permohonan jawatan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki sekurangnya SPM/STPM/Diploma atau yang setaraf.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah.
  • Bersedia bertugas secara tiga syif waktu dan sanggup bekerja lebih masa.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen memandu B2 atau D yang sah.
  • Berumur tidak kurang daripada 20 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh temuduga.
  • Diwajibkan untuk menghadiri latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) selama 63 hari.
  • Seorang yang mempunyai kemahiran asas penyelenggaraan kenderaan digalakkan untuk memohon.
  • Memiliki personaliti yang baik dan boleh berkomunikasi dengan baik, amanah, bertanggungjawab, tegas, berintegriti serta berdisiplin.

 

Syarat kelayakan fizikal:

  • Lelaki: Tinggi sekurang-kurangnya 162cm dan berat 50kg.
  • Wanita: Tinggi sekurang-kurangnya 152cm dan berat 48kg.
  • Tiada masalah penglihatan (rabun jauh/dekat/warna) dan masalah kesihatan (mental/fizikal) serta kecacatan anggota.

 

Bidang tugas bagi jawatan pula adalah:

  • Mengawasi sepanjang lebuhraya menggunakan sistem pengawasan dan pengurusan lalu lintas, bagi mengenalpasti kejadian kemalangan, kenderaan bermasalah, kenderaan dilarang masuk dan percubaan mencuri atau merosakkan harta lebuhraya.
  • Melayan panggilan telefon kecemasan lebuhraya serta talian kilat.
  • Menjadi penghubung yang menyampaikan maklumat antara pengguna lebuhraya, peronda, pegawai atau pihak pengurusan berkaitan situasi lebuhraya.
  • Memantau sistem pengawasan dan pengurusan lalulintas termasuk mengawasi kebolehkhidmatannya.
  • Mengutip dan merekodkan data berkaitan tugasan yang dijalankan.
  • Membantu membuat kawalan lalulintas dalam keadaan yang memerlukan.

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di LAMAN INI dan permohonan boleh dibuat dengan klik ‘Apply Now’ pada jawatan berkenaan.

Pemohon sebelum itu hendaklah mendaftar dahulu di laman berkenaan dan mengisi maklumat seperti yang diminta. Hanya permohonan yang melepasi tapisan dan disenarai pendek akan dipanggil menghadiri temu duga.

Berikut adalah etika pemakaian semasa temu duga:

  • Berpakaian kemas dengan memakai kemeja lengan panjang berwarna putih, seluar slack berwarna hitam dan kasut pejabat.
  • Calon juga dikehendaki membawa kemeja-T, seluar sukan (panjang & berwarna gelap) dan kasut sukan bagi tujuan ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan.

 

Maklumat tambahan ketika temu duga:

  • Calon hendaklah berada dalam keadaan sihat semasa menjalani ujian kecergasan.
  • Pihak PROLINTAS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kemalangan, kematian atau apa-apa kesan selepas menjalani ujian kecergasan.
  • Hanya calon yang hadir sebelum jam 9.00 pagi sahaja dibenarkan menghadiri sesi ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan.
  • Calon yang lulus sesi ujian pemeriksaan fizikal, kawad dan kecergasan akan menghadiri sesi temuduga pada hari yang sama jika melepasi syarat – syarat yang ditetapkan oleh pihak PDRM.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…