Permohonan sehingga RM20,000 sempena bulan Ramadan telah dibuka: Ini cara memohonnya

Kurang sebulan lagi umat Islam akan menyambut kehadiran Ramadan sebagai sebuah bulan mulia dan penuh keinsafan. Dalam masa sama, bulan itu juga akan membuka ruang rezeki kepada para peniaga di Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri.

Bagi memudahkan para peniaga mendapatkan modal perniagaan, pihak Hijrah Selangor telah memperkenalkan Skim i-Bermusim bagi peniaga Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri.

Skim ini merupakan sebuah pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM20,000 yang terbuka kepada pemohon baharu dan usahawan Hijrah Selangor sedia ada. Berikut adalah penjelasannya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Rakyat Selangor/bermastautin 5 tahun;
  • Mengundi dalam negeri Selangor;
  • Berumur 18 hingga 65 tahun;
  • Mempunyai premis perniagaan yang khusus;
  • Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah;
  • Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan;
  • Terlibat secara langsung dalam perniagaan;
  • Satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian;
  • Boleh menjadi pembiayaan kedua bagi peminjam Hijrah.

Syarat-syarat Pembiayaan

Had pembiayaan bagi Skim i-Bermusim Hijrah Selangor adalah dari RM1,000 sehingga RM20,000 kepada setiap pemohon. Caj perkhidmatan bagi pembiayaan ini adalah sebanyak 1 peratus sebulan.

Tempoh pembiayaannya pula adalah 25 minggu (6 bulan) dengan kaedah pembayaran balik sama ada secara mingguan, bulanan atau sekaligus.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Skim i-Bermusim Hijrah Selangor boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Setiap pemohonan juga melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  • 2 Keping gambar berukuran pasport pemohon;
  • Salinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT)/ salinan perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan ataupun pajakan;
  • Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (yang menunjukkan no. akaun pemohon);
  • Gambar perniagaan;
  • Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal.

 

Permohonan skim ini dibuka bermula pada 25 FEBRUARI 2022.

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan skim ini dan pelbagai lagi skim di bawah Hijrah Selangor, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…