Permohonan SMUE dan SMIS RM150 masih dibuka: Cara memohon & syarat-syaratnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Ia diberikan kepada kategori penerima tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan Skim Mesra melalui SMUE dan SMIS kepada mereka yang memerlukan serta berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan di bawah skim ini: –

SMUE dan SMIS RM150

Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Skim Mesra. Melalui skim ini, terdapat dua jenis bantuan yang diberikan iaitu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk golongan warga emas dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) untuk golongan kurang upaya (OKU).

Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM150 dan akan diberikan dalam bentuk baucar pada setiap tahun. Kadar itu sebenarnya telah dinaikkan pada tahun 2023 berbanding RM100 pada tahun-tahun sebelumnya.

Syarat-syarat Kelayakan SMUE dan SMIS

Bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE), syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; DAN.
  • Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
  • Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan; DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

 

Dimaklumkan bahawa, bermula pada 1 April 2023 – permohonan akan tertakluk pada syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia; DAN
  • Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

 

Manakala, bagi Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) pula, syarat-syaratnya adalah seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia; DAN
  • Tiada had umur; DAN
  • Pemegang Kad OKU JKM ; DAN
  • Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
  • Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; ATAU
  • Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Manfaat-manfat Utama SMUE dan SMIS

Terdapat dua manfaat utama Skim Mesra ini iaitu Baucar Membeli-Belah RM150 dan Khairat Kematian RM500. Bagi baucar membeli belah, ia diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup. Baucar itu boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar.

Baucar kemudiannya perlu digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat. Diingatkan bawaha, baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.

Manakala, bagi Khairat Kematian pula – diberikan kepada waris ahli yang telah meninggal dunia.Tuntutan khairat kematian ini hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja.

Pembayaran itu akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN. Sekiranya tuntutan melebihi tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar, tuntutan berkenaan tidak akan dibayar.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pendaftaran Skim Mesra

Bagi pendaftaran skim mesra, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi SKIM Mesra atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor yang berdekatan.

Semakan kemudiannya boleh dibuat di portal sama. Apabila permohonan telah diluluskan, ahli boleh mengambil baucar di pejabat DUN Negeri Selangor yang berdekatan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini dan permohonannya, sila rujuk di Portal Rasmi Skim Mesra – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Musim tengkujuh sering kali dikaitkan dengan hujan lebat, banjir kilat, dan angin kencang yang melanda kawasan tertentu di Malaysia. Fenomena…
Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Penjawat awam merupakan nadi utama dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan dasar-dasar kerajaan…