TEKUN Mobilepreneur

Permohonan TEKUN Mobilepreneur 4.0 masih dibuka: RM1,000 – RM20,000 untuk beli motosikal dan kereta

TEKUN Nasional pada awaknya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional dan merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Pada masa kini, TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah skim pembiayaan yang dikenali sebagai TEKUN Mobilepreneur 4.0. Ini merupakan maklumat lanjut berkenaan skim ini: –

TEKUN Mobilepreneur 4.0

Pada asasnya, Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 merupakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal, kereta, van atau lori (contoh: Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove dan lain-lain).

Pembiayaan ini merangkumi tujuan seperti:

  • Pembelian Kenderaan
  • Baik Pulih Kenderaan
  • Modal Pusingan

 

Berkenaan dengan kadar pembiayaan pula, ia ditetapkan antara RM1,000 hingga RM10,000 dengan perincian berikut:

  • Jenis Kenderaan: Motosikal
    • Baik Pulih & Modal Pusingan: RM1,000 – RM5,000
    • Pembelian: RM1,000 – RM10,000
  • Jenis Kenderaan: Kereta, Van atau Lori
    • Baik Pulih & Modal Pusingan: RM1,000 – RM10,000
    • Pembelian: RM1,000 – RM20,000
    • 10% daripada harga kenderaan atau maksimum RM20,000 yang mana terendah
    • Tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI);
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Pemohon bukan seorang muflis;
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI);
  • Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan;
  • Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu;
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
    Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
    Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda);
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000);
  • Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon);
  • Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan;
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan;
  • Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah.

Syarat-Syarat Tambahan

  • Mempunyai lesen memandu yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat ehailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal / kereta / van / lori sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih kenderaan dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga (quotation) pembelian kenderaan daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli kenderaan.
  • Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat
    pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti
    pembelian.
  • Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut:
    • Aplikasi elektronik – D Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau
    • Cek tarikh tertunda

Cara Memohon TEKUN Mobilepreneur 4.0

Permohonan skim pembiayaan ini boleh dibuat di Pejabat Cawangan Tekun terdekat dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Pemohon perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen-dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang);
  • Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM);
  • Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan;
  • Salinan 3 bulan transaksi terkini yang aktif Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank;
  • Salinan dokumen pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar / ID e-hailing;
  • Dokumen asal sebutharga pembelian kenderaan daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli kenderaan;
  • Tiga bulan penyata e-hailing terkini;
  • Dokumen tambahan (jika berkenaan).

 

Maklumat lebih teliti dan lengkap berkenaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 ini, sila rujuk di Portal Rasmi TEKUN Nasional (DI SINI).

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Keperluan rakyat merupakan elemen asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju. Setiap individu mempunyai keperluan asas…