Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan ketika negara dilanda ancaman pandemik, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
Antaranya termasuklah sebuah skim yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional kepada mereka yang ingin membeli atau membaiki motosikal. Berikut adalah penjelasannya: –
Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur
Tekun Mobilepreneur adalah sebuah skim pembiayaan yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional dengan tujuan memberikan pembiayaan usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal seperti Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove dan lain-lain bagi tujuan berikut:
- Pembelian motosikal;
- Baik pulih motosikal;
- Modal pusingan.
Kadar pembiayaan yang disediakan adalah sebanyak RM1,000 hingga RM5,000 bagi baik pulih motosikal dan modal pusingan, serta RM1,000 hingga RM10,000 untuk pembelian motosikal.
Syarat-syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan asas
- Bumiputera dan Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
- Pemohon bukan seorang muflis;
- Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia;
- Mempunyai Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu;
- Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile)/atas talian (online);
- Terlibat secara langsung/separuh masa dalam perniagaan;
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda);
- Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000);
- Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon);
- Bagi pemilikan Perkongsian, pemohon perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi untuk permohonan pembiayaan;
- Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan;
- Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah.
Syarat-syarat tambahan
- Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah;
- Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
- Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
- Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;
- Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti pembelian;
- Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut; Aplikasi elektronik – Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau Cek tarikh tertunda.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan skim pembiyaan ini boleh dibuat di mana-mana Pejabat Cawangan TEKUN Nasional terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut dan borang permohonan.
Dimaklumkan juga bahawa pihak TEKUN Nasional tidak melantik sebarang ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0.
Oleh hal demikian, para pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan di pejabat cawangan TEKUN Nasional sahaja.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan skim pembiayaan ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.