Sejak pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kita telah mendengar pelbagai keluhan ramai pihak, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah yang tidak mampu menyediakan telefon pintar dan data internet kepada anak-anak. Lebih memilukan, kita juga mendapat perkhabaran ada di kalangan pelajar yang terpaksa berkongsi telefon pintar kerana ingin mengikuti sesi pembelajaran.

Berikutan dengan masalah yang dihadapi ramai pihak itu, nampaknya Yayasan YTL tampil dengan program sumbangan telefon pintar percuma kepada keluarga B40. Sumbangan ini turut datang dengan data internet sebanyak 120GB (10GB/sebulan selama 12 bulan). Lebih menarik lagi, pihak Yayasan YTL nampaknya telah melanjutkan lagi permohonan ini sehingga 30 JUN 2021.

Oleh itu, jika anda mengenali pelajar yang melalui sesukaran meneruskan pembelajaran dari rumah kerana tidak mempunyai telefon pintar dan talian intenet, anda amat disarankan untuk mencalonkan pelajar berkenaan di dalam inisiatif ini.

Lima beradik di Kota Bharu terpaksa berkongsi telefon pintar bagi mengikuti PdPR. Gambar: Harian Metro.

Pelajar daripada keluarga B40

Antara syarat permohonan adalah:

  1. Pelajar yang dicalonkan mestilah bersekolah di Sekolah Kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
  2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40

 

Berikut adalah tatacara pencalonan:

  1. Dapatkan kebenaran daripada ibu bapa pelajar yang hendak dicalonkan dan dapatkan maklumat berikut:
    • Nombor MyKid/MyKad pelajar
    • Nombor MyKad Ibu bapa
    • Status B40 ibu bapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  2. Untuk mendapatkan status B40 ibu bapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibu bapa, kemudian klik ‘Semak’
  3. Untuk mengesahkan bahawa pelajar tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibu bapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.
  4. Sertakan tangkapan skrin sebagai bukti (lihat contoh di bawah)
Sertakan tangkapan skrin seperti ini.

Jika permohonan berjaya, anda akan dimaklumkan melalui e-mel, dan ibu bapa juga akan menerima e-mel berkenaan. Seterusnya, ibu bapa perlu melalui proses pendaftaran dengan mengikuti aturan berikut:

  1. Sekiranya pencalonan berjaya, notifikasi menerusi  e-mel akan dihantar kepada ibu bapa pelajar berserta langkah seterusnya
  2. Pendaftaran adalah khusus untuk ibu bapa sahaja. Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran dan mengemukakan maklumat terperinci, termasuk memuat naik:
    1. Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
    2. Satu salinan MyKad ibu bapa
    3. Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40
  3. Ibu bapa haruslah mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pendaftaran mereka terbatal dan dianggap tidak berjaya.

Semakan selepas pencalonan

Jika semua proses ini berjalan dengan baik, pelajar akan menerima telefon pintar berserta data 120GB (10GB data sebulan bagi tempoh 12 bulan), panggilan suara selama 60 minit ke nombor rangkaian lain, selain YES sebulan bagi tempoh 12 bulan dan panggilan suara dan sms tanpa had ke talian nombor YES.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk di laman Yayasan YTL dan membuat pencalonan di pautan: https://appform.prod.frogdev.asia. Bagi yang telah menghantar pencalonan, anda boleh membuat semakan di pautan: https://lcs.yes.my/.

 

Sumber: Yayasan YTL.

ARTIKEL BERKAITAN

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bantuan kewangan daripada kerajaan dan organisasi lain menjadi penyelamat kepada ramai individu dan keluarga. Bantuan…
RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40, atau 40 peratus kumpulan isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi tumpuan utama dalam pelbagai dasar…
Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…