PERODUA buka lagi pengambilan kakitangan: Kelayakan minima SPM juga boleh memohon

PERODUA atau nama sebenarnya Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad adalah syarikat pengeluar automotif Malaysia kedua selepas Proton dan ditubuhkan pada tahun 1993. Dengan model pertamanya, PERODUA Kancil – kini syarikat automotif ini terus berkembang maju dalam penghasilan kenderaan berkualiti dan mampu milik. 

Selaras dengan usaha itu, PERODUA sudah semestinya memerlukan pasukan yang cemerlang bagi merancakkan lagi operasi dan mencapai misi penubuhannya. Oleh itu, kini PERODUA telah membuka beberapa lagi kekosongan jawatan, yang perlu diisi oleh mereka berkelayakan dan berminat.

 

Berikut adalah antara jawatan yang ditawarkan:

  1. Pembantu Teknikal – R&D, Styling Design
  2. Keselamatan (Security)
  3. Eksekutif IT/Jurutera
  4. Pembantu Operasi
  5. Pembantu Pentadbiran

 

Bagi syarat kelayakan jawatan, ia terbuka kepada mereka yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda, mengikut ketetapan syarat khusus jawatan. Kekosongan jawatan juga dibuka di tiga buah lokasi iaitu:

  • Sungai Choh, Rawang (PERODUA Manufacturing Sdn Bhd)
  • Bandar Indahpura, Kulai (PERODUA Sales Sdn Bhd)
  • Balakong, Selangor (PERODUA Sales Sdn Bhd)

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat tawaran jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, bagi yang ingin mengemukakan permohonan, ia boleh dibuat secara atas talian di laman: PERODUA CAREER.

Pemohon dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di sistem berkenaan, sebelum permohonan boleh dibuat. Hanya permohonan yang menepati syarat jawatan sahaja yang akan disenarai pendek dan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada:

  • 14 April 2021 (Pembantu Teknikal)
  • 15 April 2021 (Pembantu Operasi)
  • 30 April 2021 (Jawatan-jawatan lain)

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…