PERODUA buka pelbagai pengambilan jawatan baru: Kelayakan minima SPM boleh memohon

Ditubuhkan pada tahun 1993, Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA) adalah hasil kerjasama antara syarikat Malaysia dan Daihatsu Motor Company of Japan.

Menjadi sebuah syarikat automobil yang komited dalam penyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, selamat dan boleh dipercayai, maka tidak hairanlah PERODUA telah menjadi jenama kenderaan terlaris di negara ini.

Bagi merancakkan lagi perjalanan operasinya, kini PERODUA telah membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pembantu Operasi (Kulai, Johor)
  2. Pembantu Operasi (Kuala Lumpur)
  3. Juruteknik Penyelenggaraan (Kontrak)
  4. Pembantu Pentadbiran (Sementara)
  5. Jurutera
  6. Pembantu Teknikal
  7. Pereka (Styling)
  8. Pereka (CAD)
  9. Pereka (Digital Design)
  10. Pembantu Tadbir
  11. Pembantu Teknikal
  12. Keselamatan/Security
  13. Operator Pengeluaran

 

Syarat kelayakan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci dan permohonan jawatan boleh dibuat melalui laman: http://careers.perodua.com.my/auth dengan mendaftar terlebih dahulu dalam sistem yang disediakan. Pemohon kemudiannya perlu mengisi maklumat peribadi, pendidikan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya sebelum boleh memohon jawatan yang diiklankan.

Tarikh tutup permohonan bagi majoriti jawatan adalah pada 30 JUN 2021, kecuali:

  • 15 JUN 2021
    • Pembantu Operasi (Kulai, Johor)
    • Pembantu Operasi (Kuala Lumpur)
  • 31 JULAI 2021
    • Keselamatan/Security
    • Operator Pengeluaran

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…