PERODUA buka pengambilan kakitangan baru: Lebih 10 jawatan kosong ditawarkan

Mula ditubuhkan pada tahun 1993, Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA) telah menjadi salah satu jenama kenderaan terlaris di negara ini. Boleh dikatakan ketika ini, tidak ada satu kawasan pun di sekitar Malaysia, tanpa kita melihat kelibat lalunya model-model keluaran PERODUA.

Hasil kerjasama antara syarikat Malaysia dan Daihatsu Motor Company of Japan ini juga membuatkan PERODUA muncul sebagai salah sebuah syarikat automobil yang komited dalam penyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, selamat dan boleh dipercayai.

Bagi merancakkan lagi perjalanan operasi, kini PERODUA sedang mencari mereka yang berkemahiran dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di beberapa buah negeri. Tidak hanya terhad di Rawang, Selangor – tawaran jawatan juga datang dari Kedah, Johor dan Pulau Pinang.

Berikut adalah kekosongan jawatan yang sedang dibuka:

  1. Pembantu Pentadbiran (5 kekosongan)
  2. Pembantu Alat Ganti (4 kekosongan)
  3. Juruteknik Penyelenggaraan
  4. Jurutera Sistem
  5. Jurutera
  6. Keselamatan
  7. Jurureka
  8. Pemodel (Modeller)

 

Kelayakan bagi setiap jawatan pula adalah dari peringkat SPM hingga Ijazah Sarjana Muda, mengikut peruntukan yang ditetapkan.

Cara memohon:

Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat melalui laman: http://careers.perodua.com.my/auth dengan mendaftar terlebih dahulu dalam sistem yang disediakan. Pemohon kemudiannya perlu mengisi maklumat peribadi, pendidikan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya sebelum boleh memohon jawatan yang diiklankan.

Pemohon juga boleh KLIK SINI untuk melihat maklumat lanjut iklan kekosongan dengan lebih terperinci. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 FEBRUARI 2021, manakala untuk jawatan – Keselamatan, Jurureka dan Pemodel adalah pada 31 MAC 2021.

_________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…