Peningkatan penganguran di Malaysia bukanlah lagi isu baru dan ia bertambah ketara sejak pandemik Covid-19 melanda negara. Menurut Jabatan Perangkaan, kini kadar pengangguran di negara ini berjumlah 764,400 orang setakat November 2020. Manakala, berdasarkan laporan minggu ketiga 2021 Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), jumlah kehilangan pekerjaan bagi 2020 meningkat sebanyak 167 peratus, iaitu daripada 40,084 pada 2019 kepada 107,024 pada 2020.

Dengan melihat perkembangan sebegini, adalah sukar untuk kita menjangkakan nasib para graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian. Akan tetapi, nampaknya PETRONAS telah datang dengan satu skim latihan yang dikenali sebagai Skim Peningkatan Kebolehpasaran Graduan atau Graduate Employability Enhancement Scheme (GEES).

Program latihan selama 12 bulan dari PETRONAS

Melalui GEES, para peserta akan menjalani program latihan selama 12 bulan yang diperkenalkan oleh PETRONAS dengan kerjasama Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Antara penekanan yang akan diberikan adalah:

  • Membangun dan meningkatkan kemahiran insaniah kritikal peserta
  • Menyediakan pembelajaran berdasarkan pengalaman untuk mengembangkan sifat-sifat peribadi yang positif untuk tempat kerja
Antara mereka yang menyertai program ni. Gambar: The Star.

Program ini dibuka kepada graduan-graduan Ijazah Sarjana Muda universiti dengan latar bidang seperti berikut:

  • Kejuruteraan & Sains: Kimia, Mekanikal, Sivil, Struktur, Elektrik, Elektronik, Mekanikal, Minyak & Gas, Industri dan Pengeluaran, Matematik dan Kimia
  • Perniagaan & Pengurusan: Perakaunan & Kewangan, Sains Aktuari, Pengajian Perniagaan, Ekonomi dan Perdagangan, Sumber Manusia, Pemasaran dan Penjenamaan, Pengurusan Projek, Pengurusan Acara, Pengurusan Maklumat dan Rekod
  • Teknologi Maklumat, Sains dan Analisis Data, Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian
  • Komunikasi & Media: Komunikasi Korporat, Reka Bentuk Grafik dan Multimedia.
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) dan Alam Sekitar
  • Latar bidang lain yang berkaitan

 

Kritera kelayakan penyertaan pula seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak lebih dari 26 tahun (semasa permohonan)
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 3.0
  • Tidak bekerja (menganggur) dalam tempoh enam (6) hingga dua belas (12) bulan setelah tamat pengajian

 

Kepada peserta yang layak dan diterima masuk ke program ini, mereka akan merima:

  • Elaun bulanan RM2,000
  • Caruman PERKESO dan EIS
  • Perlindungan kemalangan diri

 

Untuk menyertai program ini, calon boleh membuat permohonan di laman: PETRONAS Careers atau klik sini. Diharapkan skim ini dapat membantu para graduan yang masih mencari pekerjaan, sekaligus membuka ruang lebih besar dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…