PKPS buka pengambilan jawatan kosong terkini: Gaji dari RM1,352 hingga RM5,251

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

KERANI

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gred & jadual gaji:
    • K: RM2,577 – RM5,251
    • K1: RM2,252 – RM4,693
    • K2: RM1,352 – RM4,003
  • Elaun: Sara Hidup, Rumah, Anak & Telefon

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Kelulusan / Kemahiran:
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    • Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    • Mahir mengendalikan komputer dan perisian Ms Word, Excel dan sebagainya;
  • Kriteria Tambahan:
    • Boleh bekerja secara berdikari dengan pengawasan minima dan berdisiplin;
    • Rajin, berdaya saing, bertanggungjawab, komited dan berdedikasi tinggi;
    • Bersedia untuk bekerja lebih masa.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat menghantar Surat Permohonan, Resume dan Salinan Sijil-sijil Berkaitan ke alamat e-mel: [email protected].

Atau boleh juga dihantar ke alamat:

PKPS MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD. BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Tingkat 10, Wisma PKPS Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 40675 Shah Alam Selangor Darul Ehsan (U/P: Puan Majidah Binti Mohd Said)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 02 FEBRUARI 2022 (RABU).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…