PLUS Malaysia Berhad buka pelbagai kekosongan jawatan terkini ~ Gaji RM2,000 – RM2,499

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di PLUS adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. PROTEGE Trainee – TERAS Teknologi Sdn Bhd
    • Gaji: RM2,000 – RM2,499
  2. PROTEGE Trainee – PLUS Malaysia Berhad
    • Gaji: RM2,000 – RM2,499
  3. PROTEGE Trainee (Pembantu Pengurusan)
    • Gaji: RM1,500 – RM1,999
  4. PROTEGE Trainee – Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd
    • Gaji: RM2,000 – RM2,499

 

Program Protege Trainee adalah program penempatan kerja yang disasarkan kepada graduan baru dari mana-mana disiplin atau bidang pengajian.

Program ini mempunyai latihan dan penempatan kemahiran insaniah selama dua minggu di syarikat untuk jangka masa setahun. Ia sangat sesuai untuk graduan baru yang ingin mendapatkan pengalaman kerja pertama mereka dalam industri lebuh raya.

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan, calon hendaklah:

  • Prasiswazah dengan Ijazah Sarjana Muda (Tempatan/Luar Negara) dalam Undang-Undang, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Kejuruteraan (Perisian, Sivil, Mekanikal & Elektrikal), Kewangan / Perakaunan, Statistik, Matematik, Kajian Geomatik / Tanah, Sains Aktuari, Pengurusan Sumber Manusia, Pengajian Perniagaan / Pentadbiran / Pengurusan, Sains Sosial, Bahasa, Pemasaran, Komunikasi Massa (Kewartawanan, Perhubungan Awam), Seni Kreatif & Berkaitan
  • CGPA minima 2.50. ATAU
  • Memiliki Diploma bagi jawatan PROTEGE Trainee – Pembantu Pengurusan
  • Berkomitmen dan berminat untuk mendapatkan pengalaman baru.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik.
  • Mempunyai keinginan yang kuat untuk menyelesaikan masalah dan cabaran.
  • Mempunyai disiplin dan integriti yang tinggi.

Manfaat

  • Cuti dan faedah perubatan disediakan.
  • Latihan dan bimbingan dari pengurus dan ahli pasukan.
  • Pendedahan kepada projek yang mencabar & penugasan antara jabatan.

Cara memohon

Bagi yang berminat, iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di portal: MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama.

Pemohon turut digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 04 OGOS 2021, KECUALI PADA 7 OGOS 2021 (untuk PROTEGE Trainee (Pembantu Pengurusan) dan 27 OGOS 2021 (untuk Protege Trainee – Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd)

 

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…