PRIHATIN Kasih: Cara membuat semakan bantuan RM100 selama 3 bulan melalui MyKad

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai PRIHATIN Kasih pada Mac lalu.

Melalui program ini, mereka yang layak akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama tiga bulan daripada Yayasan MyKasih di MyKad masing-masing untuk digunakan bagi membeli barang keperluan dapur.

Kedai runcit dan pasaraya yang mengambil bahagian dalam program bantuan makanan tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka, di mana penerima boleh membuat pembayaran menggunakan MyKad.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PRIHATIN Kasih: –

Kelayakan PRIHATIN Kasih

Untuk maklumat, penerima bantuan ini TELAH PUN DIPILIH dan dikenalpasti melalui data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Oleh itu, penerima yang telah dikenalpasti akan menerima SMS dari pihak MyKasih mengenai pengesahan penerimaan, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Makanya, PRIHATIN Kasih tidak akan melibatkan sebarang permohonan dan akan diberikan kepada yang layak berdasarkan data kerajaan sedia ada.

Jadual Pembayaran

Berkenaan dengan tempoh pelaksanaan program, ia akan dijalankan secara berperingkat mengikut negeri dengan menyaksikan Selangor dan Kuala Lumpur telah bermula sejak bulan Julai lalu.

Manakala, untuk negeri-negeri lain, ia akan bermula pada bulan Ogos dan September tahun ini. Berikut adalah jadualnya:

Cara Semakan

Dana yang dimasukkan ke MyKad penerima PRIHATIN Kasih adalah sah sehingga 31 Disember tahun ini dan baki dana yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.

Akan tetapi, sebarang baki dana yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program (31 Disember 2021) akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Semakan kelayakan program ini boleh dibuat di laman Yayasan MyKasih – DI SINI.

Untuk maklumat terperinci berkenaan program ini, ia boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…