Program Bantuan Bina & Baiki rumah untuk golongan B40: Syarat-syarat & Cara memohon

Rumah merupakan antara keperluan asas paling utama kepada setiap manusia iaitu sebagai tempat berteduh dan melindungi diri dari hujan-panas.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan program Bantuan Bina dan Baiki Rumah di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Berikut adalah penerangan berkenaan program bantuan ini: –

Kaedah Pelaksanaan Bantuan

  • Bantuan Bina Baru: Rumah asal atau yang sedang didiami dirobohkan secara keseluruhannya dan sebuah rumah baru dibangunkan di atas tapak asal rumah.
  • Bantuan Baik Pulih: Kerosakan asas dan kritikal pada kediaman sahaja akan dibaik pulih. Penambahan struktur baharu tidak termasuk dalam program ini.

 

Pelaksanaan bantuan ini bagaimanapun akan ditentukan oleh Pejabat Daerah berkenaan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada anak kelahiran Selangor ATAU pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor lebih dari lima belas (15) tahun.
  • Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada lima belas (15) tahun.
  • Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM1,500 sebulan yang merangkumi tanggungan yang tinggal bersama di dalam rumah berkenaan.
  • Umur pemohon adalah di antara 45 tahun hingga 75 tahun sahaja kecuali Orang Kelainan Upaya (OKU).
  • Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon dan ketua keluarga mestilah merupakan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja.
  • Pemohon yang mempunyai tanggungan sahaja akan dipertimbangkan dan dibuktikan bahawa rumah berkenaan diduduki oleh pemohon dan tanggungannya.
  • Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah.
  • Pemohon yang memperoleh Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan.
  • Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemohon yang menumpang dan menyewa tidak akan dipertimbangkan.
  • Keadaan rumah pemohon adalah daif dan tidak sesuai untuk diduduki.
  • Rumah pemohon mestilah berada di kawasan perkampungan tradisi / kampung baharu, yang mana rumah tersebut berada di atas tanah milik sendiri. Kedudukan tapak mestilah mempunyai / berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan di kawasan banjir.
  • Tanah TOL (Temporary Occupation License / Lesen Pendudukan Sementara) & Rizab Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pegawai Daerah berkenaan.
  • Pemohon dikehendaki melampirkan surat kebenaran menduduki / surat kuasa menduduki daripada tuan / pemilik tanah / waris sekiranya tanah bukan hak milik pemohon (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah).
  • Pemohon yang telah mendapat bantuan baik pulih atau bina baru rumah daripada jabatan / agensi luar adalah tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin.
  • Mangsa bencana alam / kebakaran yang membuat permohonan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin selepas ditimpa musibah adalah tidak layak dipertimbangkan.
  • Pemohon yang berjaya adalah tertakluk kepada pemulangan Surat Penerimaan Tawaran Bantuan Rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.

 

Dalam masa sama, keputusan permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin yang bersidang.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (DI SINI).

Kepada yang masih belum mendaftar di sistem berkenaan, pemohon dikehendaki mendaftar dahulu dan mengisi butiran diri sebelum boleh mengemukakan sebarang permohonan.

Tatacara permohonan adalah:

  • Log Masuk di SSIPR (KLIK SINI)
  • Pilih menu ‘KEBAJIKAN’
  • Klik pada menu ‘Bantuan Bina dan Baiki Rumah’
  • Isi borang permohonan dengan lengkap dan tepat
  • Hantar permohonan

 

Maklumat terperinci berkenaan bantuan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Pada ketika ini, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…
Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pada ketika ini, TNB Research Sdn Bhd sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…
STR Fasa 4: Maklumat penuh kategori penerima, jumlah dan tarikh pembayaran

STR Fasa 4: Maklumat penuh kategori penerima, jumlah dan tarikh pembayaran

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan (khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana) pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan. Antara yang…