Rumah Mesra Rakyat

Program Bantuan Rumah Mesra Rakyat: Pendapatan bawah RM5,000 boleh memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui program bantuan membina rumah untuk rakyat Malaysia yang memerlukan melalui Program Rumah Mesra Rakyat (RMR). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program bantuan rumah berkenaan: –

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah program bantuan bina rumah yang dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat (RMR). Antara ciri-ciri utama Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah rumah sesebuah satu tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan senarai berikut:

  • Keluasan Rumah: 750 kps
  • Keluasan tanah: 3,000 kps
  • Harga: RM 75,000 dan RM 85,000

 

Setiap unit RMR juga akan menerima subsidi pembinaan sebanyak RM20,000. Pembiayaan yang disediakan pula adalah tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Syarat-syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat (RMR)

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada reka bentuk);
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) boleh dilaksanakan secara atas talian (online) melalui Sistem RMR Online Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Bagi setiap permohonan, ini adalah senarai dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan);
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah;
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan);
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru;
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua;
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang;
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah;
  • Salinan sijil nikah pemohon;
  • Borang laporan tapak bergambar.

 

Bagi Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang, ia hendaklah disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar pula seperti mana disediakan oleh SPNB. Manakala, keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

Jika permohonan RMR diluluskan, pemohon perlu melakukan perkara-perkara berikut:

  • Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan;
  • Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan;
  • Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik;
  • Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan;
  • Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.

 

Bagi pembayaran bulanan pembiayaan RMR, ia boleh dibuat secara atas talian (online) melalui JOMPAY. Berdasarkan laporan, setakat 31 Januari 2024 – jumlah permohonan RMR telah mencecah 187,248 permohonan. Dari jumlah itu, 104,076 telah diterima dan 65,758 diluluskan.

Pada masa sama kerajaan turut berusaha membina lebih banyak rumah mampu milik di lokasi strategik di pinggir bandar mahupun berdekatan dengan Lembah Klang dan harga rumah juga perlu sesuai dengan saiz rumah yang bakal dijual.

Ia termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), Program Rumah Mesra Rakyat (RMR), kediaman di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan Program Perumahan PR1MA di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Maklumat lebih lengkap berkenaan Program Rumah Mesra Rakyat ini, sila rujuk di Portal Rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh masih dibuka: RM800 dikreditkan secara berperingkat

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh masih dibuka: RM800 dikreditkan secara berperingkat

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan Kosong Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI): Tawaran gaji RM2,000/sebulan

Jawatan Kosong Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI): Tawaran gaji RM2,000/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Projek Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi…
Permohonan IBAKIPT RM300 dibuka sehingga Oktober 2024: Berikut cara memohon

Permohonan IBAKIPT RM300 dibuka sehingga Oktober 2024: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…