PTPTN buka kekosongan jawatan terkini ~ Kelayakan minima SPM, Gaji RM1,600

Khabar gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini sedang membuka beberapa kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di PTPTN adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

EKSEKUTIF PEMASARAN

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,600/sebulan
  • Penempatan: Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Johor – akan ditempatkan di Pejabat Cawangan Kluang dan Pejabat Cawangan Bandar Baru Uda, Johor
  • Insentif: Komisen berdasarkan prestasi

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan, calon hendaklah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.
  • Keutamaan diberi kepada calon:
    • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
    • Perwatakan menarik;
    • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
    • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
    • Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk;
    • Berkebolehan menganalisa dengan baik;
    • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
    • Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta kerja lebih masa selepas waktu pejabat ; dan
    • Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS)

Cara memohon

Kepada yang berminat, iklan rasmi kosongan boleh dirujuk DI SINI. Manakala, permohonan jawatan pula boleh dibuat secara atas talian (online) KLIK SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 OGOS 2021, AHAD, 11:59PM. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…