Pusat Perubatan Universiti Malaya buka pelbagai jawatan kosong: PMR hingga Ijazah layak memohon

Universiti Malaya (UM) apa awalnya ditubuhkan di Singapura pada tahun 1949 dan menjelang tahun 1962 ia telah dipindahkan ke Kuala Lumpur bersesuaian kedudukan kota itu sebagai ibu negara.

Setahun kemudian, Fakulti Perubatan pertama di Malaysia telah ditubuhkan di UM dan menerima pelajar pertamanya pada tahun 1964. Dengan penubuhan fakulti itu, pada 5 Ogos 1968 – Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah secara rasminya dibuka.

Selaras dengan peranan dan usahanya itu, kini pihak PPUM mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang dibuka:

  1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG – GRED L41
  2. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (PERTUTURAN) – GRED U41
  3. PEGAWAI FARMASI PROVISIONAL – GRED U41
  4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
  5. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN – GRED KP29
  6. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) – GRED JA29
  7. JURUPULIH PERUBATAN (CARA KERJA) – GRED U29
  8. JURU X-RAY – GRED U29
  9. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT – GRED N19
  10. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19
  11. PEMBANTU KEMAHIRAN (MEKANIKAL) – GRED H19
  12. JURU X-RAY (RADIOTERAPI) – GRED U29
  13. PENGAWAL KESELAMATAN – GRED KP11
  14. PEMANDU KENDERAAN – GRED H11

 

Syarat kelayakan bagi bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan.

Kelayakan SPM sebagai syarat lantikan dalam Perkhidmatan Awam:

  • Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:
    • Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
    • Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang terkumpul dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

 

Kelayakan PMR/PT3 sebagai syarat lantikan dalam Perkhidmatan Awam:

  • Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PMR/PT3, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PMR/PT3 iaitu:
    • memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus (Gred D) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik di peringkat PMR; atau
    • memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus (Gred E) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik di peringkat PT3.

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat iklan kekosongan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di PAUTAN INI. Manakala untuk permohonan pula, ia hendaklah dibuat secara atas talian di pautan sama dengan mendaftar di dalam sistem berkenaan.

Hanya pemohon yang menepati syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 JUN 2021. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini sedang membuka pengambilan banyakJ jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…