Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer atau PUSPAKOM adalah sebuah syarikat pemeriksaan kenderaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan merupakan milik penuh DRB-HICOM Berhad. Ia juga menjadi syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan wajib pada kenderaan komersial dan swasta.
Sesuai dengan kedudukannya yang penting dalam industri pengangkutan negara – PUSPAKOM kini telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan di beberapa buah cawangannya.
Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:
- Kerani Insurans (Shah Alam)
- Kerani Insurans (Glenmarie)
- Kerani Insurans (Kota Marudu)
- Kerani Insurans (Batu Pahat)
- Kerani Insurans (Senai)
- Kerani Insurans (Temerloh)
- Kerani Insurans (Manjung)
- Warden Trafik (Petaling Jaya)
- Kerani Insurans (Ipoh)
- Kerani (Johor Bahru)
- Kerani Insurans (Kuantan)
- Kerani Insurans (Batu Maung)
- Kerani Insurans (Pekan)
- Kerani Insurans (Wangsa Maju)
- Kerani Insurans (Pandan Mewah)
- Juruteknik Penyelenggaraan (Padang Jawa)
- Juruteknik Penyelenggaraan (Mak Mandin)
Syarat kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat SPM hingga Diploma bergantung kepada ketetapan jawatan. Taraf jawatan pula adalah kontrak.
Cara permohonan:
Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati di portal: MYFutureJobs. Permohonan jawatan seterusnya boleh dibuat dengan mendaftar terlebih dahulu di portal berkenaan dan klik ‘mohon’ pada jawatan yang hendak dimohon.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mac, 24 Mac dan 25 Mac 2021 mengikut jawatan yang ditawarkan.
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021