Rakyat letih & kecewa, tapi Malaysia mungkin berdepan 50,000 kes aktif menjelang Hari Raya nanti

Semua acara dan aktiviti sosial sepatutnya dihalang sama sekali bagi mengurangkan kluster Covid-19 dan mengelakkan dari berlakunya pertambahan kes aktif virus berkenaan.

Pakar kesihatan dari Universiti Putra Malaysia, Dr Malina Osman berkata jika acara dan aktiviti sedemikian tetap dibenarkan, tidak mustahil  kes aktif Covid-19 di negara ini akan mencecah sehingga 50,000 menjelang sambutan Aidilfitri pada Mei nanti.

Menurutnya, aktiviti yang memerlukan orang ramai menanggalkan topeng muka atau makan bersama di tempat awam harus ditangguhkan, termasuk acara buka puasa, pergi ke taman dan gim.

Beliau menambah, kebenaran lintas negeri bersempena Hari Raya Aidiladha pada Julai nanti juga patut difikirkan kesannya kerana ia berisiko buruk terhadap sistem penjagaan kesihatan negara dengan kes baru setiap hari yang kini telah melebihi 2,000 sejak 15 April lalu.

Mengulas hal sama, pakar dari Manipal University College Malaysia Community and Occupational Medicine Prof Dr G. Jayakumarjuga turut berpandangan sama dan menggesa acara sosial seperti majlis perkahwinan, buka puasa berkumpulan, bufet Ramadan dan rentas negeri dihentikan serta merta.

Tetapi baginya tidak dapat dinafikan bahawa pematuhan SOP di kalangan masyarakat ketika ini semakin berkurang kerana mereka sudah letih dengan keadaan pandemik yang tidak berkesudahan.

“Rakyat Malaysia juga merasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan penguatkuasaan SOP yang dianggap tidak konsisten, di mana denda tinggi dikenakan segera terhadap orang awam kerana melanggar SOP, sementara VIP kekal bebas,” – katanya petikan dari NST.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mesti belajar dari negara lain, seperti India dan Brazil, serta mencegah hal seperti itu berlaku di negara ini.

India melaporkan 295,000 jangkitan baru dalam masa 24 jam dan lebih daripada 2,000 kematian pada 21 April lalu iaitu jumlah kematian satu hari tertinggi buat negara itu setakat ini.

Sumber: New Straits Times

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…