Ramadhan kembali menjelma: Berikut senarai kadar Zakat Fitrah di setiap negeri Malaysia tahun 2021

Bila tibanya Ramadhan, selain dari kewajiban menunaikan puasa, kita juga diwajibkan membayar Zakat Fitrah sesuai dengan hadis daripada Ibnu Umar bahawa Nabi Muhammad S.A.W memfardhukan Zakat Fitrah dalam bulan Ramadhan ke atas setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berkenaan dengan syarat wajib Zakat Fitrah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 telah memutuskan bahawa hukumnya wajib sekiranya cukup syarat iaitu:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

 

Waktu membayar Zakat Fitrah

Tentang waktu membayar Zakat Fitrah, ia terbahagi kepada beberapa waktu iaitu:

  • Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  • Waktu Afdal
    Sebelum solat Hari Raya.
  • Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu Makruh
    Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  • Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari satu Syawal.

 

Kadar Zakat Fitrah

Berdasarkan apa yang pernah dinyatakan oleh Dr Wahbah al-Zuhaili, kadar zakat fitrah yang asal adalah satu gantang atau seberat 2.751kg. Manakala, pandangan dari Mazhab Hanafi ialah 3.8kg.

Bagaimanapun di Malaysia, kadar itu ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri dan sebagai contoh Selangor menetapkan nilai itu bersamaan dengan 2.70kg beras.

Berikut adalah senarai kadar Zakat Fitrah di negeri-negeri Malaysia untuk tahun 2021:

Negeri Kadar Bayaran Zakat Fitrah (2021)
Perlis RM7.00
Kedah RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Pulau Pinang RM7.00 / RM12.00 / RM16.00
Perak RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Selangor RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Negeri Sembilan RM7.00
Melaka RM7.00 / RM14.00
Johor RM7.00 / RM10.00
Pahang RM7.00
Terengganu RM7.00
Kelantan RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Sarawak RM7.00
Sabah RM6.00 / RM7.50
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
RM5.00 / RM7.00 / RM14.00
Kadar Zakat Fitrah yang berbeza-beza walaupun di negeri sama, contohnya di Selangor adalah kerana ia ditetapkan berdasarkan harga beras yang dimakan oleh pembayar zakat. Kadar RM7 adalah berdasarkan harga bagi beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.
___
Manakala, untuk golongan berkemampuan yang memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi pada kadar RM14. Kepada yang memakan beras basmathi, beras Jepun dan beras merah pula adalah RM21 seorang.

Cara pembayaran Zakat Fitrah

Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat di cawangan-cawangan Pusat Zakat Negeri dan juga di tempat-tempat tertentu (Cth: masjid dan surau) di mana terdapat amil yang dilantik sebagai pemungut zakat.

Bagaimanapun, disebabkan keadaan semasa yang masih berdepan dengan ancaman pandemik Covid-19, kaedah pembayaran secara atas talian lebih digalakkan dan selamat. Kepada mereka yang ingin membayar secara atas talian, bolehlah pergi ke portal-portal Majlis Agama Islam Negeri atau Pusat Zakat Negeri untuk maklumat lanjut.

Diharapkan Ramadhan tahun ini kekal bermakna dan lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya. Semoga kita mendapat redha-Nya dan sentiasa istiqomah menjalani bulan yang penuh barakah ini.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bantuan kewangan daripada kerajaan dan organisasi lain menjadi penyelamat kepada ramai individu dan keluarga. Bantuan…
RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40, atau 40 peratus kumpulan isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi tumpuan utama dalam pelbagai dasar…
Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…