Walaupun mungkin ada di antara kita yang tidak mempunyai baik dengan majikan, tetapi itu tidak bermakna semua majikan di dunia ini bersifat dingin dengan para kakitangan mereka. Apa yang dilakukan oleh seorang usahawan berjaya, Intan Saffinas Azizan ini nampaknya telah menarik perhatian ramai pihak.
Tindakannya dipuji selepas beliau membawa para pekerjanya temasuk warga Pakistan untuk bercuti di sebuah hotel empat bintang di ibu kota Kuala Lumpur.
Berdasarkan apa yang dipaparkan di aplikasi TikTok, sekumpulan pekerjanya itu kelihatan begitu gembira mandi manda di kolam renang hotel dan makan di sebuah hotel terkemuka.
Memetik laporan mStar, usahawan berusia 38 tahun itu berkata – rancangan percutian berkenaan dibuat secara spontan dan melibatkan 40 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, 30 orang kakitangan yang termasuk 15 warga Pakistan.
Malah rupanya, itu bukanlah kali pertama beliau membawa kakitangannya bercuti – kerana sebelum ini beliau telah pun membawa mereka ke Langkawi dan Pulau Pangkor.
“Saya memang suka bawa staf saya jalan-jalan, termasuk pekerja warga Pakistan yang terpaksa berjauhan dari keluarga untuk mencari rezeki di luar negara. Cara bekerja mereka begitu menepati masa. Pelanggan-pelanggan saya tidak pernah pun mengadu tentang mereka. Inilah cara saya menghargai mereka termasuk pekerja tempatan.” – Katanyam, petikan dari laporan mStar.
Dalam masa sama, beliau juga menganggap pekerjanya itu sebagai sebahagian daripada ahli keluarga sendiri, dan kerana itu beliau suka mengamalkan suasana kerja menang-menang bagi membuatkan semua pihak bekerja secara seikhlas hati.
Beliau juga menyarankan majikan supaya tidak terlalu bersikap bossy, suka memerintah, tapi tidak prihatin dengan kebajikan pekerja. Baginya, jika seseorang majikan merasakan diri mereka susah, sedarlah para pekerja sebenarnya lebih susah dari itu.
“Kita sebagai ketua atau pemimpin sepatutnya menunjukkan sikap yang baik. Bukan biadab atau marah-marah, kesannya pekerja tidak akan buat kerja seikhlas hati. Dalam apa jua yang kita lakukan, keikhlasan itu sangat penting.” – katanya, petikan dari mStar.
Sumber: mStar.
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021