Ramai resah i-Sinar tak masuk-masuk? Ini cara periksa sama ada bayaran telah diluluskan atau belum

Setelah pihak kerajaan bersetuju dengan pengeluaran i-Sinar KWSP tanpa syarat, ramai di kalangan ahli badan kewangan itu mula menarik nafas lega kerana sedikit sebanyak ia akan membantu dalam mengurangkan beban mereka.

Bagaimanapun, nampaknya menjelang bulan April ini – ramai mula melahirkan perasaan kecewa kerana masih ada pembayaran i-Sinar yang belum dikreditkan di akaun masing-masing. Malah, di laman rasmi KWSP sendiri telah dibanjiri komen-komen yang tidak berpuas hati dengan perkembangan terbabit.

Jadinya, muncul pertanyaan di kalangan ahli tentang bagaimana untuk memeriksa sama ada pembayaran mereka itu telah diluluskan atau belum, selain dari memeriksa di akaun bank masing-masing.

Oleh itu, berikut kami jelaskan cara-cara melihat sama ada pembayaran i-Sinar anda telah diluluskan atau belum di peringkat KWSP.

Cara memeriksa status pengkreditan i-Sinar

Untuk memeriksa, ahli perlu pergi ke laman: i-Akaun (Ahli) KWSP dan log masuk di laman berkenaan.

Kemudian, ahli boleh pergi ke pilihan menu: Pengeluaran dan seterusnya klik pula > Sejarah Pengeluaran.

Di muka Sejarah Pengeluaran, anda akan dapat melihat pengeluaran-pengeluaran duit KWSP yang anda pernah buat sebelum ini, dan ia termasuklah pengeluaran i-Sinar. Di sana, anda klik pada i-Sinar.

Selepas klik pada i-Sinar, anda akan diperlihatkan dengan jumlah kelulusan pengeluaran i-Sinar anda dan jumlah pembayaran yang akan diberikan pada setiap bulan sehingga Ogos 2021. Di bahagian bawah jumlah-jumlah itu, anda akan melihat kelulusan pengkreditan pembayaran i-Sinar yang telah masuk ke akaun bank.

Jika masih belum dinyatakan untuk bulan itu, nampaknya pembayaran itu masih belum dikreditkan.

Walaupun sememangnya pembayaran itu akan dibuat, tetapi setakat sehingga artikel ini ditulis – pihak KWSP masih belum memaklumkan tarikh sebenar pembayaran ke akaun pemohon untuk bulan April.

Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya pihak KWSP dapat memberikan tarikh sebenar bagi pengkreditan pembayaran untuk setiap bulan, supaya tidaklah pemohon tertunggu-tunggu.

Sumber: KWSP & Sinar Harian.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…