Ramai telah berjaya menebus bantuan e-Dompet RM150: Ini cara menebus di telefon masing-masing

Melalui Bajet 2022, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan boleh pihak kerajaan bagi meringankan beban dan membantu mereka yang memerlukan.

Dalam masa sama, pihak kerajaan juga berusaha untuk menyemarakkan budaya transaksi tanpa tunai melalui e-dompet – dengan mengenalkan sebuah program yang dikenali sebagai e-Pemula sebanyak RM150. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

Bantuan e-Dompet ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun pada 2022 iaitu lahir pada tahun 2002, 2003 dan 2004.

Bantuan ini turut diberikan kepada sebarang umur yang belajar sepenuh masa di mana-mana institut pengajian tinggi (IPT) awam/swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan

Cara Menebus

Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Kewangan Malaysia – penebusan e-Pemula boleh dibuat bermula pada 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 melalui satu daripada empat penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

  • Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut;
  • Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik;
  • Di aplikasi e-tunai pilihan pemohon, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan e-Pemula dan tekan “Hantar”;
  • Pemohon akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

 

Dimaklumkan juga bahawa kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022. Namun ia hanya boleh digunakan bagi pembayaran runcit dalam kedai dan tidak melibatkan sebarang urusan berikut:

  • Pemindahan kredit e-Dompet;
  • Pembayaran untuk bil, prabayar, pasca bayar dan kredit permainan;
  • Pembayaran tol melalui RFID dan PayDirect;
  • Pembelian dalam talian.

 

Bagi maklumat lanjut berkenaan e-Pemula, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…