Ramai terlepas pandang: Ini cara menuntut SKK untuk penerima BKM 2022 sebanyak RM1,000

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan bersasar daripada kerajaan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup.

BKM secara asasnya diberikan kepada mereka yang tergolong dalam ketegori B40 dan M40 atau lebih tepat berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Berikut adalah nilai pembayaran BKM:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 dan Ke Bawah:
    • RM1,000 – belum mempunyai anak
    • RM1,500 – sudah mempunyai 1-2 orang anak
    • RM2,000 – sudah mempunyai 3 orang anak dan ke atas
  • Isi rumah pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000:
    • RM400 – belum mempunyai anak
    • RM600 – mempunyai 1-2 orang anak
    • RM800 – mempunyai 3 orang anak dan ke atas
  • Warga Emas / Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
    • RM600
  • Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
    • RM350 

 

Dalam masa sama, terdapat sebuah lagi bantuan melalui BKM yang mungkin ramai terlepas pandang. Ia adalah Skim Khairat Kematian (SKK). Berikut adalah penjelasannya

Skim Khairat Kematian (SKK)

Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022 adalah sebuah bantuan yang boleh dituntut oleh waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Nilai bayaran SKK yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,000.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan SKK: 

  • Terhad kepada penerima BKM kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan sahaja;
  • SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia;
  • Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022;
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK;
  • Hanya waris yang didaftarkan dalam borang permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK;
  • Waris hendaklah terdiri daripada Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-beradik / Cucu sahaja.

Cara Menuntut SKK

Kepada yang layak membuat tuntutan SKK, ia boleh dibuat sepanjang tahun 2022 (1 Januari 2022 – 31 Disember 2022) di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Pemohon bagaimanapun perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut bagi tujuan tuntutan:

  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN);
  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN);
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil.

 

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan perkara ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi BKM atau DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…