[RASMI] Amanah Saham Bumiputera (ASB) umum dividen untuk tahun 2021: Cara buat semakan

Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengumumkan jumlah agihan pendapatan atau dividen bagi setiap pemegang dana Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Kadar agihan pendapatan yang ditetapkan adalah sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Agihan pendapatan berkenaan adalah merangkumi 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit, yang diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria menerusi sidang media secara maya, hari ini.

Dalam masa sama, pihak PNB juga mengumumkan penangguhan urus niaga bagi unit ASB bermula hari ini (23 Disember 2021) sehingga 2 Januari 2022. Pemegang unit ASB boleh mula melakukan urus niaga mereka bermula 3 Januari 2022.

Semakan

Kepada pemegang unit ASB, semakan agihan pendapatan boleh dibuat secara atas talian di portal myASNB (DI SINI), melalui aplikasi mudah alih myASNB atau di mana-mana cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara yang akan memulakan operasi urus niaga beroperasi pada 3 Januari 2022 nanti.

Dalam masa sama, kepada mereka yang belum memiliki dana ASB, pembukaan akaun boleh dibuat secara atas talian (online) portal sama – myASNB, dengan langkah-langkah berikut:

 

  1. Muat turun aplikasi myASNB/buka laman web myASNB;
  2. Sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar;
  3. Isikan maklumat di ruang yang disediakan;
  4. Buat proses verifikasi identiti;
  5. Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan;
  6. Pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.

 

Selain itu, pembiayaan ASB juga pula boleh dibuat menerusi cawangan-cawangan ASNB/ejen-ejen ASNB yang dilantik.

Untuk maklumat lanjut berkenaan ASB, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…