[RASMI] Dividen ASB telah dikreditkan: Ini cara membuat semakan & cara kiraan

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan jumlah agihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.00 sen seunit.

Jumlah dividen itu adalah merangkumi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit, dengan jumlah keseluruhan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion dan akan memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit ASB.

Dalam masa sama, jumlah pengagihan pendapatan terkumpul dan bonus ASB yang telah diagihkan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990 adalah sebanyak RM168.5 bilion.

Semakan Dividen

Selaras dengan kemunculan tahun 2022, agihan pendapatan ASB nampaknya telah dikreditkan ke akaun para pemegang amanah, mengikut nilai pembiayaan atau simpanan masing-masing.

Berkenaan dengan cara pengiraan, ia boleh dibuat dengan tataracara berikut:

  • Bagi simpanan ASB
    • Lihat jadual baki pada setiap bulan dari Januari hingga Disember 2021.
    • Jumlahkan kesemuanya dan bahagikannya dengan 12 bulan untuk mendapatkan nilai purata.
    • Kalikan dengan jumlah dividen untuk tahun 2021 sebanyak 5%.
  • Bagi Pembiayaan ASB (ASBF)
    • Jumlah Nilai ASBF dikali dengan 5%, maka akan dapat nilai dividen tahunan 2021.

 

Untuk membuat semakan dividen yang telah dikreditkan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di portal myASNB – DI SINI atau melalui aplikasi myASNB.

Kepada yang belum membuat pendaftaran di portal berkenaan, pendaftaran boleh dibuat dengan cara:

 

Semakan jumlah pelaburan dan dividen juga boleh dibuat di aplikasi sama atau di portal myASNB:

  • Log masuk (isi ID Pengguna dan Kata Laluan);
  • Klik pada butang ‘penyata’
  • Lihat jumlah pelaburan dan baki pelaburan.

 

Jika tidak menggunakan kaedah atas talian (online), semakan turut boleh dibuat di mana-mana cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara bermula pada 03 Januari 2022.

Untuk maklumat lanjut berkenaan ASB, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…