Rayuan BPR 2021 akan dibayar pada September: Faktor-faktor tidak lulus & semakan

Seperti mana yang telah kita sedia maklum, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 dan 2 telah pun dibuat pada Februari dan Mei tahun ini.

BPR pada asasnya diperkenalkan bagi membantu golongan B40 dan M40 ketika negara berdepan dengan hambatan pademik.

Akan tetapi, bukan semua mereka yang memohon bantuan ini dapat, kerana ada juga permohonan mereka yang gagal kerana ditolak oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Berdasarkan kenyataan dari LHDNM, terdapat pelbagai faktor permohonan itu ditolak dan antaranya seperti:

  • Maklumat pengenalan Pasangan / Anak berbeza dengan semakan data JPN
  • Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM5,000 (bagi kategori Isi Rumah) / pendapatan pemohon melebihi RM2,500.
  • Pemohon / pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian.
  • Semakan mendapati Pemohon / Pasangan telah menerima Geran Khas Prihatin (GKP).
  • Semakan mendapati anak mempunyai pendapatan yang tinggi.

 

Berikut hanyalah sebahagian dari banyak faktor permohonan BPR ditolak, KLIK SINI untuk senarai penuh.

Pembayaran Rayuan BPR 2021

Berdasarkan ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun lalu – pembayaran Rayuan BPR akan dibuat pada bulan September 2021.

“… BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara 100 hingga 1,400 ringgit akan dibayar pada bulan September nanti. Bulan September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR.” – Petikan dari teks ucapan Perdana Menteri.

Kaedah semakan

Kepada yang telah mengemukakan rayuan secara atas talian, semakan semula rayuan BPR 2021 boleh dibuat dengan cara:

  • Pergi ke laman rasmi BPR
  • Klik pada menu ‘MyBPR’
  • Klik pada ‘Maklumat Rayuan’
  • Cetakan juga boleh dibuat pada Menu berkenaan.

 

Buat ketika ini, masih belum dimaklumkan tentang tarikh pembayaran Rayuan BPR, sebaliknya maklumat yang diketahui – ia hanya akan dibayar pada bulan September 2021.

Maklumat terperinci berkenaan Rayuan BPR, boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…