Rebat Bil Eletrik RM40 setiap bulan untuk rakyat Malaysia: Syarat-syarat & cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat sebelum ini.

Malah, Kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Program Rebat Bil Elektrik RM40 kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program rebat ini: –

Program Rebat Bil Elektrik RM40

Bagi membantu mereka yang memerlukan, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Program Rebat Bil Elektrik RM40 bagi tahun 2024. Pada asasnya, Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini adalah sebuah program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

“Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta. Selain itu, Kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri,” petikan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024.

Syarat-syarat Kelayakan

Berikut adalah maklumat kelayakan e-Kasih yang telah ditetapkan oleh Kerajaan:

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar seperti yang disenaraikan dalam Sistem eKasih dan semakanrebat.nrecc.gov.my layak untuk Program Rebat Bil Elektrik RM40 tahun 2023;
  • Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Dalam hal ini, pendapatan purata bulanan nasional untuk Miskin Tegar adalah RM1,169;
  • Individu yang ingin mendaftar dalam program eKasih dikehendaki merujuk/ menghubungi Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (UPP JPM) di peringkat negeri atau Unit Pembangunan Daerah. Data dalam sistem eKasih dikumpulkan melalui kaji selidik dan didaftarkan oleh pejabat PPPN / JPP UPP JPM di peringkat negeri.

Pelaksanaan Program Rebat Bil Elektrik RM40

Untuk maklumat, ketua isi rumah yang berkelayakan boleh menerima rebat sehingga RM40 dalam bil elektrik bulanan sehingga 31 Disember 2024. Rebat bil elektrik hanya akan diberikan maksimum RM40 sebulan. Jika bil kurang daripada RM40, baki tidak akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil lebih daripada RM40, penerima perlu membayar baki bil tersebut.

Setiap ketua isi rumah layak menerima rebat untuk satu akaun bil elektrik sahaja di bawah tarif Domestik, A. Rebat RM40 ini pula merangkumi semua jenis caj bil, termasuk penalti lewat bayar.

Penerimaan rebat ini pula akan dibuat secara automatik kepada mereka yang layak iaitu telah didaftarkan di bawah e-Kasih. Untuk ketua isi rumah layak yang tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB atau menyewa rumah, permohonan rebat untuk akaun elektrik pihak ketiga boleh dihantar ke Kedai Tenaga terdekat melalui borang permohonan di pautan: semakanrebat.nrecc.gov.my.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan rebat ini boleh dibuat melalui cawangan TNB, SESB atau SEB yang terdekat untuk mengemaskini nombor akaun bil elektrik.

Semakan kelayakan program ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Semakan Rebat Bil Elektrik (semakanrebat.nrecc.gov.my).

Maklumat lebih teliti berkenaan cara pelaksanaannya boleh dirujuk di portal sama – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam masa sama, di bawah Belanjawan 2024 – Kerajaan akan terus melonjakkan pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV.

Oleh itu, memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah. Skim ini akan memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli.

Maklumat lengkap berkenaan manfaat-manfaat di bawah Belanjawan 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Jawatan kosong besar-besaran LUAS dengan gaji sehingga RM9,643: Syarat kelayakan PT3 - Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 sebulan: Cara memohon dan syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Senarai kekosongan jawatan SPA Jun 2024: Kelayakan PMR - Ijazah dan gaji sehingga RM9,544

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…