RISDA buka pengambilan kakitangan baru. Lebih 80 jawatan kosong sedia untuk dimohon

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Matlamat penubuhannya adalah untuk membantu sektor pekebun kecil ke arah kemajuan dan perkembangan ekomoni serta sosial yang lebih baik.

Sesuai dengan usaha ke arah itu, RISDA kini sedang mencari bakat-bakat baru bagi mengisi kekosongan jawatan badan berkanun itu. Antara syarat umum bagi jawatan yang ditawarkan adalah:

  1. Mempunyai keterampilan yang baik.
  2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja berkumpulan.
  3. Mempunyai bakat kepimpinan.
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
  5. Mempunyai kelayakan dan profesionalisme.
  6. Boleh ditempatkan di mana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA.
  7. Mempunyai nilai tambah kendiri yang sesuai dengan kelayakan jawatan.

 

Terbuka kepada 2 peringkat kelayakan akademik

Ijazah Sarjana Muda 

  1. Pegawai Tadbir Gred N41 (2 kekosongan)
  2. Pegawai Pertanian Gred G41 (8 kekosongan)
  3. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (2 kekosongan)
  4. Jurutera Gred J41 (1 kekosongan)

 

Diploma

  1. Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 (75 kekosongan)
  2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (1 kekosongan)

 

Cara memohon:

Kepada calon yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dibuat di laman MYFUTUREJOBS dengan memilih jawatan yang hendak dimohon. Tarikh akhir permohonan adalah pada 21 MAC 2021.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…