RM100 baucar beli-belah & RM500 khairat kematian: Syarat-syarat & cara memohon Skim Mesra Usia Emas

Prihatin dengan nasib segenap usia masyarakat, kerajaan negeri Selangor pada 2009 telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Pada peringkat awal pelaksanaan, ia memberikan manfaat dalam bentuk wang khairat kematian bernilai RM2,500, tetapi kemudiannya dihentikan dan diganti dengan pemberian baucar beli-belah RM100 pada bulan kelahiran dan khairat kematian bernilai RM500.

Ia juga terbahagi kepada dua kategori iaitu untuk warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Syarat-syarat kelayakan SMUE

Kategori Warga Emas:

  • Warganegara Malaysia; DAN.
  • Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU
  • Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DAN
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

 

Kategori OKU:

  • Warganegara Malaysia; DAN.
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  • Tiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU
  • Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DAN
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

 

*Pengundi bagi kategori OKU hanya tertakluk kepada yang layak mengundi iaitu berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.

Cara memohon

Permohonan sebelum meninggal dunia:

  • Pewaris berdaftar perlu mengisi Borang Tuntutan Khairat Kematian SMUE yang boleh didapatkan di pejabat Pusat Khidmat DUN atau muat turun DI SINI.
  • Lampirkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:
    • Borang Tuntutan Khairat Kematian SMUE
    • Salinan Sijil Kematian Ahli SMUE
    • Salinan Kad Pengenalan Pewaris
    • Salinan Muka Depan / Penyata Bank Pewaris
  • Hantar Borang Tuntutan Khairat Kematian SMUE dan dokumen sokongan seperti di atas ke Pusat Khidmat DUN yang berhampiran.
  • Pembayaran secara pindahan wang ke akaun waris akan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap ke pejabat YAWAS.
  • Nama Pewaris yang ingin menuntut khairat mestilah sama dengan nama penama pewaris yang telah didaftarkan di dalam sistem. Sekiranya berbeza pewaris perlu mengisi Borang maklumat kemaskini Pewaris, muat turun DI SINI.

 

Permohonan selepas kematian (perlu memohon 6 bulan dari tarikh kematian)

  • Pewaris perlu mengisi Borang Permohonan SMUE dan Borang Tuntutan Khairat Kematian SMUE yang boleh didapatkan di pejabat Pusat Khidmat DUN atau muat turun DI SINI
  • Lampirkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan. Senarai semak DI SINI.
  • Hantar Borang Permohonan dan Tuntutan Khairat Kematian SMUE bersama dokumen sokongan seperti di atas ke Pusat Khidmat DUN berdekatan.

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan boleh kemukakan:

 

Maklumat lanjut program ini boleh dirujuk di laman Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…