kereta

RM10,000 ‘one-off’ untuk beli motosikal dan kereta: Ini cara memohon Tekun Mobilepreneur 4.0

Pihak Kerajaan melalui pelbagai agensinya telah memperkenalkan pelbagai jenis insiatif bagi membantu mereka yang memerlukan. Inisiatif ini datang dengan pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan, skim pembiayaan, bantuan sewaan dan sebagainya.

Skim-skim pembiayaan juga diperkenalkan bagu memudahkan operasi para usahawan. Antaranya adalah dengan perkenalan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini: –

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 merupakan sebuah skim pembiayaan di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Ia pada asasnya menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal, kereta, van atau lori (contoh: Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove dan lain-lain) bagi tujuan:

  • Pembelian Kenderaan;
  • Baik Pulih Kenderaan;
  • Modal Pusingan.

 

Kadar pembiayaanya pula adalah seperti berikut:

  • Jenis Kenderaan: Motosikal
    • Baik Pulih & Modal Pusingan: RM1,000 – RM5,000
    • Pembelian: RM1,000 – RM10,000
  • Jenis Kenderaan: Kereta, Van atau Lori
    • Baik Pulih & Modal Pusingan: RM1,000 – RM10,000
    • Pembelian: RM1,000 – RM20,000
    • 10% daripada harga kenderaan atau maksimum RM20,000 yang mana terendah

Syarat-Syarat Asas Kelayakan

  • Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI);
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Pemohon bukan seorang muflis;
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI);
  • Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan;
  • Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu;
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
    Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
    Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda);
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000);
  • Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon);
  • Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan;
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan;
  • Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

Syarat-Syarat Tambahan

  • Mempunyai lesen memandu yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat ehailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal / kereta / van / lori sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih kenderaan dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga (quotation) pembelian kenderaan daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli kenderaan.
  • Pembiayaan yang diluluskan bagi tujuan pembelian motosikal, Borang Pengesahan Pembelian Motosikal perlulah diisi oleh penerima biaya setelah membuat
    pembelian motosikal seperti sebut harga (quotation) yang dikemukakan semasa permohonan sebagai bukti
    pembelian.
  • Penerima biaya Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 wajib membuat bayaran balik menggunakan kaedah berikut:
    • Aplikasi elektronik – D Direct Debit e-Mandate yang mempunyai akses perbankan internet (online banking), atau
    • Cek tarikh tertunda

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan asas dan tambah, permohonan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 boleh dikemukakan di Pejabat Cawangan Tekun terdekat dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Pemohon kemudiannya perlu mengemukakan Borang Permohonan Pembiayaan dan dokumen tambahan (jika berkenaan) seperti disenaraikan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang);
  • Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM);
  • Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan;
  • Salinan 3 bulan transaksi terkini yang aktif Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank;
  • Salinan dokumen pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar / ID e-hailing;
  • Dokumen asal sebutharga pembelian kenderaan daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli kenderaan;
  • Tiga bulan penyata e-hailing terkini;
  • Dokumen tambahan (jika berkenaan).

 

Maklumat lebih teliti berkenaan skim ini, sila lihat di Portal Rasmi TEKUN Nasional (DI SINI).

ARTIKEL BERKAITAN

Belanjawan 2025: Kerajaan setuju naikkan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM4,600

Belanjawan 2025: Kerajaan setuju naikkan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM4,600

Pada 18 Oktober 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat dengan tema “MEMBUGAR…
Pelbagai jawatan kosong Suruhanjaya Tenaga dengan gaji RM3,700 - RM5,500: Cara memohon

Pelbagai jawatan kosong Suruhanjaya Tenaga dengan gaji RM3,700 - RM5,500: Cara memohon

Pada ketika ini, Suruhanjaya Tenaga sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah…
Senarai penerima RM800 yang mula dikreditkan bulan depan (November 2024)

Senarai penerima RM800 yang mula dikreditkan bulan depan (November 2024)

Bantuan-bantuan Kerajaan yang diperkenalkan di negara ini adalah merupakan salah satu usaha bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Dalam masa…