Dalam landskap ekonomi Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk merujuk kepada dua kumpulan pendapatan utama dalam masyarakat. B40, atau Bottom 40%, terdiri daripada isi rumah berpendapatan rendah, manakala M40, atau Middle 40%, merangkumi golongan berpendapatan pertengahan. Klasifikasi ini penting dalam menentukan dasar kerajaan, bentuk bantuan serta sokongan ekonomi yang diperlukan bagi memastikan kesejahteraan rakyat.
Golongan B40 lazimnya menghadapi cabaran kewangan yang lebih besar, terutama dalam memenuhi keperluan asas seperti perumahan, pendidikan, kesihatan dan perbelanjaan harian. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai dalam kumpulan ini bergantung kepada bantuan kerajaan seperti Bantuan Sara Hidup, Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan subsidi barangan keperluan untuk meringankan beban mereka.
Selain itu, akses kepada peluang pendidikan dan pekerjaan yang lebih baik menjadi faktor utama dalam membantu mereka keluar dari kitaran kemiskinan. Sebaliknya, golongan M40 walaupun mempunyai pendapatan yang lebih stabil, tetap tidak terlepas daripada tekanan ekonomi.
Dengan peningkatan kos perkhidmatan, cukai dan komitmen kewangan lain, mereka juga berdepan kesukaran dalam mengekalkan taraf hidup yang selesa. Ada yang tergolong dalam kategori M40 bawah, yang bermaksud mereka masih terdedah kepada risiko kewangan jika berlaku krisis seperti kehilangan pekerjaan atau kecemasan kesihatan.
Oleh itu, pemahaman terhadap situasi B40 dan M40 sangat penting dalam merangka polisi yang lebih efektif serta memastikan bantuan yang diberikan benar-benar memberi impak kepada kumpulan yang memerlukan. Dengan sokongan yang berterusan daripada kerajaan, sektor swasta dan masyarakat, kedua-dua golongan ini boleh menikmati kehidupan yang lebih stabil dan sejahtera.
Dalam masa sama, melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – ia diberikan khusus kepada golongan B40 dan M40 yang berkelayakan. Ini adalah maklumat lanjut tentang bantuan tunai ini: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40 bagi meringankan beban kewangan mereka.
Bagi tahun 2025, syarat-syarat kelayakan STR ditetapkan seperti berikut:
Bagi tahun 2025 ini, kriteria kelayakan STR ditetapkan seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Bayaran STR Fasa 2
Bagi pembayaran STR, ia akan dibuat secara berperingkat bermula dari Fasa 1 hingga Fasa 4. Bagi pembayaran Fasa 1, ia telah pun selesai dibayar kepada yang layak pada bulan Januari lalu.
Manakala, bagi pembayaran STR Fasa 2 pula, ia akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 24 Mac 2025 nanti. Jumlah pembayarannya pula adalah seperti berikut bagi setiap penerima:
- Isi Rumah (≤ RM2,500)
- Anak 5 orang ke atas: RM650
- Anak 3 – 4 orang: RM500
- Anak 1 – 2 orang: RM300
- Anak 0: RM150
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
- Anak 5 orang ke atas: RM300
- Anak 3 – 4 orang: RM250
- Anak 1 – 2 orang: RM200
- Anak 0: RM100
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
- Jumlah STR Fasa 2: RM150
- Bujang (≤ RM2,500)
- Jumlah STR Fasa 2: RM150
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Pembayaran STR Fasa 2
Cara pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima seperti mana maklumat yang diberikan ketika permohonan/kemaskini STR dibuat.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank/akaun tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Untuk info lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah 2025, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.