Selain bapa yang menjadi ketua keluarga, peranan seorang ibu juga tidak dapat dinafikan sama sekali sebagai tunjang utama dalam kebahagiaan dan keharmonian sesebuah keluarga.
Ini kerana, kaum ibulah yang tidak pernah mengenal penat lelah untuk menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak dengan sebaiknya.
Sebagai menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), yang memberikan bantuan khusus kepada kaum ibu dari kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).
Peserta program yang layak boleh membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless) menggunakan Kad KISS.
Manfaat Kad KISS
- Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak.
- Kad KISS boleh digunakan di kedai dan pasaraya berdaftar.
- Urus niaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless).
- Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM200 sebulan.
- Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan.
- Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM200 pada setiap bulan secara automatik.
Bagi senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan Kad Kiss, boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
Syarat-syarat kelayakan
Bagi mereka yang hendak memohon, pemohon perlu menepati syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
- Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun ATAU di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,000
- Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.
Cara memohon
Bagi yang ingin memohon, terdapat dua kaedah permohonan yang boleh dibuat iaitu secara atas talian (online) dan manual.
Untuk secara atas talian, pendaftaran boleh dibuat di laman: Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) atau klik sini.
Manakala, untuk pendaftaran secara manual – pemohon perlu mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun (DI SINI – PDF) atau diambil di:
- Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri/Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
- Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
- Pusat Wanita Berdaya
Borang permohonan yang lengkap kemudiannya hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri/Penyelaras Dewan Negeri/Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor untuk proses permohonan dan penilaian.
Maklumat lebih terperinci tentang KISS, boleh didapati DI SINI.