RM200 untuk pengantin baru: Syarat-syarat & cara memohon Insentif Khas Pasangan Pengantin

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, kerajaan negeri Pahang telah mengumumkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2021 iaitu sebuahnya pakej yang menghimpunkan 8 inisiatif untuk semua rakyat Pahang bagi memastikan kebajikan setiap lapisan masyarakatnya terpelihara.

Melalui program ini, antara inisiatif yang diperkenalkan termasuklah Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) yang membabitkan sumbangan RM200 daripada pihak kerajaan negeri kepada pasangan pengantin baru di negeri itu.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang inisiatif berkenaan:-

Syarat-syarat kelayakan

Insentif ini diberikan kepada pasangan baru berkahwin yang menepati syarat-syarat berikut:

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
  • Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN).
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang, pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
  • Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

 

Tidak layak jika:

  • Poligami
  • Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah)
  • Nikah tanpa kebenaran
  • Kedua pasangan bukan asal Pahang
  • Pendapatan lelaki melebihi RM5,000

Cara memohon

Untuk memohon, ia boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (muat turun DI SINI) dengan lengkap dan tepat. Seterusnya, borang itu perlu diserta bersama dokumen-dokumen berikut:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon.
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.

 

Borang dan dokumen yang lengkap kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah – tempat permohonan kebenaran atau pendaftaran perkahwinan dibuat.

Untuk maklumat lanjut IKPP, KLIK SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…