Kerajaan seharusnya sentiasa memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan rakyat terjamin, terutama ketika berdepan dengan cabaran ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Pelbagai inisiatif dan bantuan diperkenalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat, merangkumi golongan B40, M40, warga emas, pelajar, serta penjawat awam.
Langkah-langkah ini bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan tetapi juga bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat secara keseluruhan.
Bagi penjawat awam, peranan mereka sebagai tulang belakang pentadbiran negara sering mendapat perhatian khusus. Kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk memastikan golongan ini terus bersemangat melaksanakan tanggungjawab mereka. Antara bentuk bantuan yang ditawarkan termasuk kenaikan gaji tahunan, elaun khas, dan peluang latihan serta pembangunan kerjaya.
Selain itu, terdapat juga inisiatif seperti kemudahan pinjaman perumahan, pemberian cuti tanpa rekod untuk urusan keluarga, serta sokongan kewangan dalam bentuk bonus tahunan atau insentif khas.
Keprihatinan kerajaan terhadap penjawat awam juga dapat dilihat dalam usaha mereka memperkenalkan program-program kebajikan seperti subsidi penjagaan anak dan bantuan kesihatan. Langkah-langkah ini membantu mengurangkan tekanan kehidupan seharian, terutama bagi penjawat awam yang mempunyai tanggungan keluarga.
Melalui bantuan ini, kerajaan bukan sahaja menghargai sumbangan penjawat awam tetapi juga memastikan sektor awam kekal cekap dan berdaya saing. Dalam masa yang sama, bantuan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan semua lapisan masyarakat, termasuk penjawat awam, dapat menikmati kehidupan yang lebih stabil dan sejahtera.
Bantuan Khas Kewangan RM2000
Di bawah Belanjawan 2025 Negeri Kedah, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000. Bantuan ini akan diberikan kepada seramai 5,376 orang penjawat awam di negeri berkenaan sebagai penghargaan atas dedikasi mereka.
“Jumlah keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM12 juta. Kerajaan negeri menghargai komitmen penjawat awam negeri dalam memastikan setiap dasar dan keputusan kerajaan dilaksanakan dengan cemerlang.
“Saya juga mengakui kesejahteraan negeri Kedah tercinta ini juga adalah atas jalinan kerjasama yang baik antara exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penjawat awam negeri khususnya Pegawai Tadbir Negeri (KCS) dan pegawai-pegawai Persekutuan,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Belanjawan 2025 Kedah.
Berkenaan dengan pembayaran bantuan khas ini, ia akan dibuat sebanyak dua kali iaitu sebahagiannya akan dibayar pada Mac tahun depan (2025) dan baikinya pula pada Jun 2025.
Cara pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak secara automatik.
Bantuan-Bantuan Khas Kewangan 2025
Dalam sama sama, beberapa buah negeri juga telah memperkenalkan bantuan sama dengan kadar yang berbeza. Antaranya adalah Kerajaan Negeri Sabah yang bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan dengan kadar sebanyak sebulan gaji atau bayaran minimum RM3,000 kepada semua penjawat awam negeri berkenaan.
Kakitangan yang berstatus kontrak, vot terbuka dan pekerja sambilan harian yang berkhidmat dengan kerajaan negeri juga layak menerima bantuan khas ini. Pembayaran itu akan dibuat pada bulan Januari depan (2025) dan bakal memberi manfaat kepada seramai 18,949 penjawat awam negeri.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Untuk negeri Selangor pula, Kerajaan Negeri setuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada para penjawat awam di negeri berkenaan.
Satu bulan gaji akan dibayar pada 31 Disember 2024 dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac 2025 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan persiapan hari raya.
Selain itu, di bawah Belanjawan 2025 Kelantan – pihak Kerajaan Negeri akan memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Pembayaran berkenaan akan diberi pada bulan Februari tahun depan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.