RM500 pada September & RM500 lagi pada November ~ Maklumat permohonan GKP 4.0

Salah satu fokus Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) adalah bagi menyokong perniagaan yang terjejas dengan pelaksanaan sekatan pergerakan dan keadaan pandemik yang masih belum reda.

Sebagai usaha ke arah itu, kerajaan sebelum ini telah memperkenalkan Geran Khas Prihatin (GKP) dengan pembayaran terbaru sebanyak RM1,000 pada dua minggu lalu dan RM500 pada pertengahan Julai nanti kepada penerima GKP 3.0.

Melihat pentingnya peranan GKP, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 sebanyak RM500 kepada mereka yang layak pada bulan September dan RM500 lagi pada bulan November 2021.

GKP 4.0 ini akan diberikan kepada usahawan PKS Mikro khususnya pengusaha:

  • Kedai gunting rambut
  • Pemilik bengkel (workshop)
  • Kedai roti dan kek
  • Pusat penjagaan kesihatan, dan
  • Lain-lain pengusaha yang terjejas aliran tunai.

 

Dalam masa sama, usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini boleh membuat pendaftaran yang akan dibuka nanti.

Maklumat Permohonan

Berdasarkan pelaksanaan GKP sebelum ini, urusan permohonan bantuan dilaksanakan secara atas talian (online) melalui portal: GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) – KLIK SINI.

Permohonan GKP 4.0 akan dibuka mulai pertengahan Julai ini dan kepada mereka yang ingin membuat permohonan atau pendaftaran baru bolehlah ke portal berkenaan.

Setakat ini, masih belum ada sebarang penerangan terperinci berkenaan GKP 4.0 di portal tersebut.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…