Dalam perbincangan mengenai ekonomi rakyat, istilah seperti B40 dan M40 sering kali menjadi tumpuan utama. Kedua-dua kumpulan ini merujuk kepada kategori pendapatan isi rumah di Malaysia yang memainkan peranan besar dalam mencerminkan keadaan sosioekonomi negara. Walaupun sering disebut dalam dasar kerajaan, bantuan kewangan, serta pelan pembangunan negara, masih ramai yang kurang jelas tentang siapa sebenarnya yang termasuk dalam kategori ini dan bagaimana cabaran yang mereka hadapi berbeza antara satu sama lain.
Secara asasnya, B40 merujuk kepada 40% isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, pendapatan bulanan isi rumah bagi kumpulan B40 biasanya tidak melebihi RM4,850. Kumpulan ini kebanyakannya terdiri daripada pekerja bergaji rendah, peniaga kecil, dan individu yang tinggal di kawasan luar bandar atau bandar-bandar kecil.
Mereka amat terdedah kepada kenaikan kos sara hidup, inflasi, serta ketidaktentuan ekonomi – menjadikan mereka kumpulan sasaran utama dalam banyak inisiatif bantuan kerajaan seperti Bantuan Tunai Rahmah (BTR), subsidi elektrik, dan perumahan mampu milik.
Sementara itu, M40 merangkumi 40% isi rumah yang berada dalam julat pertengahan pendapatan, iaitu sekitar RM4,851 hingga RM10,970 sebulan. Walaupun kedengaran lebih stabil dari segi kewangan berbanding B40, kumpulan M40 turut berdepan dengan tekanan ekonomi yang tidak kurang hebatnya.
Kos sara hidup yang semakin meningkat, beban hutang isi rumah, serta kekurangan akses kepada bantuan kerajaan kerana dianggap “tidak layak”, menjadikan kumpulan ini turut rentan dalam menghadapi cabaran ekonomi masa kini.
Kedua-dua kumpulan ini merupakan nadi utama dalam perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, memahami keperluan, cabaran, dan aspirasi mereka amat penting dalam merangka dasar yang adil dan inklusif.
Oleh hal demikian, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan khusus kepada dua golongan ini, iaitu melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bagi tahun 2025 ini, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran STR 2025
Bagi pembayaran STR, ia dibayar secara berperingkat sebanyak empat fasa dengan kadar-kadar yang tertentu. Berkenaan dengan kadar keseluruhan STR adalah seperti berikut:
- Isi Rumah (≤ RM2,500)
- Anak 5 orang ke atas: RM2,500
- Anak 3 – 4 orang: RM2,000
- Anak 1 – 2 orang: RM1,500
- Anak 0: RM1,000
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
- Anak 5 orang ke atas: RM1,250
- Anak 3 – 4 orang: RM1,000
- Anak 1 – 2 orang: RM750
- Anak 0: RM500
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
- Jumlah STR: RM600
- Bujang (≤ RM2,500)
- Jumlah STR: RM600
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon STR 2025
Bagi permohonan STR, ia boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Rasmi STR atau secara manual melalui Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR; atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
Mereka yang perlu membuat permohonan baharu STR 2025 adalah:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Untuk info lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah 2025, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.