Rumah PPR

Rumah PPR dengan sewa RM160 – RM250 sebulan: Ini syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

PPR pada asasnya adalah sebuah program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Rumah PPR Disewa: –

Ciri-ciri Rumah PPR

  • Kawasan bandar – bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Pada ketika ini, terdapat tiga Projek Rumah PPR Disewa yang sedang dibuka permohonanya:

  • PPR BUBUL RIA, SEMPORNA, SABAH (Sewa: RM160)
  • PPR KG. GAYANG II, TUARAN, SABAH (Sewa: RM220)
  • PPR BATU ARANG LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (Sewa: RM250)

 

Untuk yang memenuhi dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan rumah ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

Maklumat lengkap tentang PPR Disewa boleh dirujuk Portal TEDUH KPKT DI SINI dan pendaftaran secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

Dalam kehidupan seharian, terdapat beberapa perkara asas yang menjadi keutamaan setiap individu dan keluarga. Barangan keperluan harian seperti makanan, minuman,…