ppr

Rumah PPR dengan sewa RM250 sebulan untuk golongan B40: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Rumah PPR Disewa: –

Rumah PPR Disewa

PPR adalah sebuah program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

Rumah PPR Disewa dibina dengan ciri-ciri berikut:

  • Kawasan bandar – bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan Pasangan Warganegara Malaysia;
  • Belum pernah memiliki rumah;
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan dan ke bawah;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Bujang layak memohon walau bagaimanapun keutamaan diberikan kepada isi rumah yang berkeluarga.

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan rumah PPR Disewa boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon hendaklah menyemak projek rumah PPR yang dibuka di sistem berkenaan bagi membuat permohonan.

Maklumat lengkap tentang PPR Disewa dan permohonan boleh dirujuk Portal TEDUH KPKT DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…