Rumah PPR Dimiliki serendah RM35,000 seunit – Senarai projek yang dibuka & cara memohon

Pihak kerajaan telah memperkenalkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) iaitu sebuah program untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Melalui PPR, terdapat dua skim yang diperkenalkan iaitu Skim PPR Dimiliki dan Skim PPR Disewa.

Melalui PPR Dimiliki, rumah-rumah di bawah skim ini akan dijual dengan harga antara RM35,000 hingga RM43,000 seunit.

Ciri-ciri rumah PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
      Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Cara Memohon rumah PPR

Berdasarkan laman sesawang TEDUH, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – ketika ini (setakat artikel ini ditulis) terdapat beberapa projek PPR Dimiliki dibuka di beberapa buah negeri:

  • PPR Kuala Nerang, Daerah Padang Terap, Kedah (RM35,000)
  • PPR Tanjung Karang, Jalan Sg. Yu, Kuala Selangor (RM35,000)
  • PPR Ayer Hitam, Kubang Pasu, Kedah (RM42,000)
  • PPR Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan (RM43,000)
  • PPR Machang, Machang, Kelantan (RM43,000)

*KLIK SINI, untuk maklumat projek secara lebih terperinci. 

Bagi yang ingin memohon, ia hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) – KLIK SINI.

Info lanjut berkenaan PPR Dimiliki juga boleh dirujuk DI SINI dan jika terdapat sebarang pertanyaan – ia boleh dikemukakan dengan menghubungi Bahagian Perancangan Perumahan:

  • 03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan)
  • 03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak)
  • 03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…