Skip to content
logo BeriKerja
  • Laman Utama
  • Artikel
  • Majikan
  • Hantar CV
  • Hubungi
  • Laman Utama
  • Artikel
  • Majikan
  • Hantar CV
  • Hubungi
  • February 11, 2021

Sah! Kerajaan setuju tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar

  • Isu Semasa
  • I-ISINAR, KWSP, PENGELUARAN I-SINAR, SYARAT I-SINAR

Sah! Itulah pengesahan daripada Kementerian Kewangan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, pemansuhan itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.

“Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19. Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Manakala, untuk ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1.

Akan tetapi, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

 

Sumber: Astro Awani.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran
Info

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

06/30/2024
Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan
Info

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

06/03/2023
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000
Isu Semasa

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

02/26/2022
Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…
logo BeriKerja

Ikuti Kami

Facebook Twitter Youtube Instagram

Jawatan Kosong di Malaysia

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan Federal Territory
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Terengganu
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan Federal Territory
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Terengganu

Kategori Kerja

  • Digital
  • Makanan
  • Pembuatan
  • Pengangkutan
  • Pentadbiran
  • Perkhidmatan
  • Pertukangan
  • Digital
  • Makanan
  • Pembuatan
  • Pengangkutan
  • Pentadbiran
  • Perkhidmatan
  • Pertukangan